Hebahan

#COVID19: 8 Bahan Asas Di Rumah Anda Perlu Standby Kalau Malaysia Kena ‘Lockdown’

2K
SHARES

Berikutan kes penularan wabak COVID-19 yang semakin buruk dan WHO sudah mengisytiharkan wabak ini sebagai pandemik, banyak juga negara yang sudah mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah ‘lockdown’. Apabila sudah diisyhtiharkan negara tersebut ‘lockdown’ ini bermakna anda tidak dibenarkan keluar dari rumah dalam tempoh tertentu, jika tidak perlu.

Banyak juga khabar angin yang mengatakan bahawa Malaysia juga akan melalui proses ‘lockdown’ namun sudah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa berita tersebut adalah palsu. Namun, bagi mengelakkan pembelian panik dalam kalangan rakyat, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan bekalan makanan asas sentiasa ada di rumah jika berlaku darurat.

7 bahan asas yang mesti ada di rumah kalau darurat

Pilihannya terpulang kepada anda:

1) Karbohidrat

-Beras (nasi, tepung, bihun)

-Gandum (bijirin, tepung, pasta dan mee)

-Oat (steel cut, rolled)

-Jagung (bijirin)

2) Kacang dan kekacang

-Kacang (almond, hazel, gajus, macadamia, berangan, pistachio, kacang parang)

-Kekacang (kacang tanah, pis, lentil, kacang hijau, kacang merah, dal, soya, asam jawa)

3) Susu dan hasilnya

-Susu tepung (penuh krim, rendah lemak, kalsium tinggi)

-Susu UHT (stabil pada suhu bilik)

-Keju (keras: parmesan, cheddar, edam, gouda, provolone, gloucester, lembut: brie, haloumi, feta, roquefort)

4) Daging

-Ikan (tin, kering, salai)

-Ayam (tin, salai, serunding)

-Lembu (tin, salai, serunding, jerky, sosej)

-Kambing (tin, salai, serunding)

-Arnab (salai, jerky, serunding)

-Itik (tin, salai, serunding)

-Sotong dan udang (tin, kering)

5) Lemak

-Minyak sawit

-Minyak kelapa

-Minyak zaitun

-Ghee

-Marjerin

-Mentega (tin)

-Santan (serbuk, kotak)

6) Buah dan sayur

-Cendawan (kering, tin)

-Kobis (sauerkraut, kimchi)

-Labu (segar, tin)

-Keledek (segar, tin)

-Kurma (kering, beku)

-Kismis (kering)

-Zaitun (tin)

-Rumpai laut (nori)

-Tomato (kering, tin)

-Laici (tin)

-Mata kucing (kering, tin)

-Nenas (kering, tin)

-Cranberries (kering, sejuk beku)

7) Rempah, perasa dan perisa

-Gula (pasir, perang, kabung, melaka)

-Garam (laut, bukit, beriodin)

-Cuka (asli seperti epal, tebu, beras, atau buatan – asid)

-Madu

-Serbuk kari, kurma, opor, sup

-Bunga lawang, cengkih, lada hitam, kulit kayu manis, buah pelaga, buah keras, buah pala, ketumbar, biji sawi

-Kicap, sos tomato, sos cili, mayonis, wasabi,

-Puri tomato

8. Comfort food

Biskut, keropok, coklat, maggi pun simpan juga sebagai ‘comfort food’ di saat anda mahu menonton televisyen.

*Paling penting adalah sentiasa berjimat-cermat dan jangan terlebih membeli ya.Pastikan bekalan air bersih untuk diminum pun ada juga!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×