Asuh

6 Cara Nak Latih Bayi Yang Lambat Duduk

60
SHARES

“Anak saya dah nak masuk 9 bulan tapi masih tak pandai lagi duduk sediri. Adakah ianya normal ataupun tidak ya?”

Ibu bapa pasti risau jika si manja tak pandai lagi duduk dengan sendirinya bila dah capai tahap umurnya. Yela, anak-anak orang lain cepat pandai duduk, tapi kenapa anak kita tak pandai-pandai lagi.

Untuk pengetahuan anda, setiap bayi mengembangkan kemahiran mereka pada tahap yang berbeza, sesetengah lebih cepat daripada yang lain. Berbeza pula dengan bayi yang dilahirkan pramatang (sebelum 37 minggu kehamilan), bayi mungkin mengambil masa lebih lama untuk sampai ke sesuatu tahap perkembangan berbanding bayi yang lain.

Jangan risau

Foto: Mamibuy

Jadi, anda tak perlu risau! Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan melakukan beberapa teknik untuk melatih anak pandai duduk. Bayi sebenarnya memerlukan senaman untuk menguatkan ototnya.

Apabila anda lihat bayi sudah pandai berguling, dan lehernya semakin kuat, langkah seterusnya adalah melatih bayi duduk.Percayalah, bila anda kerap melatih anak, lagi mudah dan cepat untuk si manja pandai duduk dengan sendirinya. Apa yang penting kesabaran! Jadi, kami senaraikan 6 cara untuk melatih bayi duduk.

1. Duduk di pangkuan riba anda

Foto: TheAsianParent

Semasa anda duduk, letak bayi di riba anda dalam keadaan duduk. Pastikan tangan anda memegang bayi sepanjang masa bagi membuatkan bayi membiasakan diri dengan keadaan tersebut.

2. Duduk di riba dalam keadaan bersila

Foto: TheAsianParent

Bagi bayi yang lehernya sudah tegak (kuat) lebih mudah untuk melatihnya duduk sendiri. Tapi, anda perlu memangku punggungnya kerana ia masih lemah. Anda boleh pangku bayi di riba dalam keadaan anda sedang duduk bersila. Cara ini akan membuatkan bayi lebih stabil, malah anda berada berdekatannya untuk mengawal bayi sepanjang masa.

3. Dudukkan bayi di sofa

Foto: Abc.net

Apabila anda lihat bayi sudah biasa dengan duduk (walaupun belum pandai sangat), anda boleh dudukkan bayi di sofa pula. Tapi, ia perlu seketika sahaja ya! Anda perlu sentiasa mengawasinya kerana bayi masih tidak dapat menyeimbangkan dirinya.

Permukaan sofa yang lembut sebenarnya dapat menampung bayi untuk duduk sendiri sementara waktu sebelum bayi mulai hiang keseimbangannya. Jika bayi anda tidak selesa, jangan paksa!

4. Kaki bentuk V

Foto: TheAsianParent

Semasa anda latih dudukkan bayi, letakkan posisi kaki bayi dalam bentuk V dan letakkan mainan di hadapannya. Alaskan bantal dikeliling bayi supaya bayi dapat duduk tegak, dan mempunyai batas yang lembut sekiranya bayi tergolek.

5. Kurangkan bantal disekeliling bayi

Foto: asshidiqaqiqah.com

Apabila bayi sudah terbiasa, cuba kurangkan bantal di keliling bayi. Jika bayi kelihatan tidak selesa dengan keadaan itu, ubah posisi bayi dan tukar aktiviti agar bayi tidak stress. Jangn biarkan bayi duduk terlalu lama dalam posisi duduk kerana ia boleh menyebabkan bayi susah utuk membuang air besar.

6. Gunakan tangan bayi untuk melatihnya duduk

Foto: TheAsianParent

Anda juga perlu latih bayi untuk memangku tubuhnya sengan tangan. Anda boleh mulakan dengan satu tangan dan perlahan-lahan latih dengan kedua-dua tangan apabila bayi sudah bersedia. Kerapkan sehingga bayi sudah boleh duduk sendiri tanpa menahan menggunakan tangannya.

Pastikan anda tidak berputus asa dalam melatih anak untuk duduk sendiri. Sekiranya, anak anda masih tidak lagi mampu duduk sendiri melebihi umurnya 12 bulan, bawalah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Sumber: TheAsianParent

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×