Kini Trending

5 Sebab Kenapa Ramai Pilih SUV Sebagai Kereta Pertama

6
SHARES

Dengan mempunyai kenderaan sendiri pasti banyak memberi kemudahan untuk bergerak. Walaupun pada masa kini terdapat pelbagai jenis public transport disediakan tetapi rasa atau keselesaan jika hendak dibandingkan dengan menaiki kenderaan sendiri jauh berbeza. Apabila bercakap mengenai keselesaan atau rasa pastinya semua orang akan memilih yang terbaik apatah lagi kenderaan yang akan digunakan dalam jangka masa panjang.

Haaa, korang mesti kelirukan nak beli jenis kereta yang macam mana? Atau masih tercari-cari kereta pertama apa yang sesuai digunakan? Tak perlu risau, jom baca artikel ini.

5 SEBAB KENAPA RAMAI PILIH SUV:

1. Gaya dalaman dan keselesaan

Sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta pastinya seseorang itu sudah mempunyai pekerjaan tetap. Maka ia akan banyak menghabiskan masa di dalam kereta. Jadi ruang dalaman perlu lebih selesa dan bergaya. Oleh itu, ia menjadi alasan kedua tertinggi dalam kalangan pembeli kereta baharu bagi mengelak membeli jenama kereta tertentu.

2. Perbatuan Petrol

Petrol adalah alasan terbesar seseorang itu membeli kereta. Dengan perbatuan bahan api alasan kurang kerap digunakan untuk mengetepikan sesebuah model. Hal itu berlaku atas faktor ketidakpedulian mengenai ekonomi bahan api sesebuah kereta boleh saja dianggap berpunca daripada kejatuhan harga minyak global. Oleh itu, harga minyak mahal tidak lagi menjadi isu besar untuk seseorang membeli kereta baharu.

3. Posisi pemanduan yang tinggi

Pemandu SUV menyukai kedudukan pemanduan yang tinggi kerana ia mempunyai penglihatan serba lengkap (all-round visibility), memudahkan pemanduan di sekitar lalu lintas atau mengelak halangan lain di dalam atau di luar jalan raya.

4. Jumlah muatan

SUV mempunyai 2 bahagian sahaja iaitu bahagian enjin dan bahagian kabin penumpang yang bersambung terus ke kargo. Kebanyakan SUV mempunyai 2-3 barisan tempat duduk yang mampu memuatkan sehingga 5-7 tempat duduk pada ruangan kabin kereta.

5. FWD yang lebih menjimatkan berbanding AWD

Pemandu SUV perlu tahu tukar minyak pada gandar belakang mengikut jadual yang ditetapkan untuk memastikan SUV anda sentiasa dalam keadaan baik. Walau bagaimanapun, kebanyakan SUV segmen-B dan segmen-C yang ditawarkan di Malaysia kini berada dalam versi pacuan roda hadapan atau FWD yang lebih menjimatkan berbanding AWD.

Jadi apa pilihan anda, nak beli SUV atau sedan?

Sumber: AutoGuide, HelloDoktor, Carlist.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×