Rumah

5 Cara Mudah Untuk Masukkan Benang Ke Dalam Jarum

2
SHARES
masukkan benang ke dalam jarum

“Along, tolong emak masukkan benang ke dalam jarum ni. Tak nampaklah lubang jarumnya. Benang ni pun lembik sangat. Sudahlah nak siapkan cepat jahitan ni. Jadi lambat pula.”

Bukan mudah nak masukkan benang ke dalam jarum. Lebih-lebih lagi lubang jarum yang halus. Boleh juling biji mata….

Bila sudah masuk, benang yang lembik pula asyik nak terkeluar. Memang menguji kesabaran betul!

Sebenarnya ada teknik untuk selesaikan masalah ini. Tak percaya?

masukkan benang ke dalam jarum

Foto Kredit: sew4home.com

Cara Mudah Masukkan Benang Ke Dalam Jarum

1. Guna Lilin

Ambil hujung benang dan gosok pada batang lilin beberapa minit. Lurut perlahan-lahan sehingga benang jadi keras.

Apabila benang sedikit keras, cuba masukkan dalam lubang jarum.

2. Gunting 45 Darjah

masukkan benang ke dalam jarum

Gunting benang 45 darjah begini. / Foto Kredit: sew4home.com

Gunting benang pada sudut 45 darjah dengan gunting yang betul-betul tajam. Masukkan bahagian yang paling runcing dalam jarum.

Lagi runcing, lagi senanglah dimasukkan ke dalam lubang jarum yang halus tu.

3. Benang Dipotong Rapi

Pastikan potong hujung benang serapi mungkin agar tiada serabut atau cabang di hujungnya.

Nanti makin susah pula nak fokus pada lubang jarum. Apabila sudah masuk, kadang-kadang bersimpul pula kalau benang itu bercabang. Kena pula buat semula!

4. Hujung Benang Lembap

Basahkan hujung benang. Struktur benang yang lembap akan menjadi lebih padat dan tidak berserabut pada hujungnya. Lebih mudah untuk dimasukkan sebab hujung benang lebih berat dan stabil.

Kadang-kadang kita selalu tengok sesetengah orang hisap sedikit hujung benang, bukan? Haaa… Inilah sebabnya.

Namun ada masanya ia kurang efektif, bergantung pada material benang yang digunakan.

5. Guna Alat Khas

masukkan benang ke dalam jarum

Inilah alat khas yang digunakan untuk jahitan tangan, ‘threader’. / Foto Kredit: sewsewhappyblg.com

Paling mudah, beli alat untuk masukkan benang ke dalam lubang jarum yang dipanggil ‘threader’.

Alat ini mempunyai hujung kawat yang sangat halus dan mampu memasukkan benang ke dalam lubang jarum.

Boleh cari di kedai jahitan. Selalunya, kalau beli mesin jahit besar atau mini memang ada sekali dengan alat ini.

masukkan benang ke dalam jarum

Foto Kredit: sew4home.com

Jom Mula Menjahit!

Bolehlah anda mula menjahit sekarang. Tiada lagi masalah nak masukkan benang ke dalam jarum.

Bukan penjahit mahir saja boleh manfaatkan teknik ini, kita yang jahit setahun sekali untuk pun bolehlah cuba. Yalah, setakat tampal seluar koyak, jahit butang tercabut, takkan nak hantar kedai…

Jimat masa, mudah, dan tak perlulah nak panggil sesiapa tolong lagi.

Selamat mencuba!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×