0-6 Bulan

4 Tips Mudah Untuk Erat Hubungan Dengan Bayi Sejak Dalam Kandungan

6.8K
SHARES

Untuk para ibu yang sedang hamil sekarang mesti tak sabar untuk menantikan kehadiran Cahaya Mata korang kan? Lagi-lagi untuk yang pertama kali hamil, lagi lah excited! Semestinya semua kelengkapan untuk bayi korang sudah pun disediakan contohnya seperti lampin, tisu basah, napkin, baju, mittens, katil bayi, barangan mandi dan sebagainya. Ha, bila dah cukup semua tu, kira korang dah selesai semua lah. Tunggu baby lahir je hehehe.

Oh ya, sebelum tu admin nak kongsi serba sedikit tentang tips untuk para ibu di luar sana amalkan bagi mengeratkan lagi hubungan dengan bayi dalam kandungan. Biasalah, untuk si ibu ni ‘bonding’ dia lain macam sikit dengan anak, walaupun anak tu belum lahir tapi dah rasa macam dekat sangat dengan mereka. Betul tak?

1. Bacakan buku cerita atau ayat-ayat suci untuk bayi dalam kandungan

Aktiviti ini sebanyak sedikit boleh membantu si ibu untuk lebih aktif dengan role mereka sebagai seorang bakal ibu. Suara ibu dan bapa si bayi boleh menenangkan lagi bayi dalam kandungan.

Kalau korang nak tau, bila korang bacakan buku untuk bayi dalam kandungan, ia akan memudahkan lagi aktiviti ini untuk dilakukan selepas bayi dilahirkan. So, untuk para ibu tu korang bolehlah guna tips ni ye! Borak-borak sikit dengan bayi, mereka suka dengar suara ibu bapa mereka.

2. Mainkan lagu yang menenangkan. Slow and steady je tau ~

Kalau tadi admin cakap pasal bacakan buku untuk bayi dalam kandungan, ini pula tips untuk para ibu mainkan lagu yang perlahan, klasik dan memenangkan untuk bayi dalam kandungan.

Bayi yang berusia 17 minggu dalam kandungan, mereka sudahpun dapat mendengar suara dari luar rahim. Perkara ini juga boleh membuatkan ikatan dengan bayi menjadi lebih akrab. Kalau tak percaya, cubalah sendiri. Hehe

3. Bagi respon kepada pergerakkan kandungan

Kalau kandungan korang memberikan pergerakkan seperti menendang dan sebagainya, jangan panik ya. Itu normal. Malah, perkara itu menandakan yang bayi anda aktif dan sihat dalam kandungan. Kejap tendang kiri, kejap tendang kanan. Mungkin baby boy?

Para ibu mesti ada perasaan teruja bila dapat merasai tendangan bayi mereka bila dalam kandungan. Perasan excited tu masih ada walaupun sudah hamil lebih dari sekali. Betul tak?

Bayi biasanya akan menendang bila mereka rasa persekitaran mereka bising, cahaya yang terlalu terang ataupun makanan yang ibu makan merangsang pergerakkan untuk bergerak. Jadi, apa yang korang patut lakukan, respon dan berkomunikasi tentang perasaan excited korang bila ini berlaku. Memang experience yang takkan boleh dilupakan!

4. Makan makanan yang sihat dan sesuai untuk bayi dalam kandungan

Sesetengah wanita memang akan hilang selera waktu hamil. Perkara yang selalu berlaku contohnya Morning Sickness, terutama pada trimester pertama. Memang benda yang sangat teruk bila korang kena berhadapan dengan perasan loyar setiap pagi atau lebih teruk sepanjang hari!

Tapi bila hamil, makanan yang korang makan adalah makanan yang bayi anda juga akan makan. Jadi, korang kena elak untuk makan makanan yang tidak sewajarnya diambil sewaktu hamil contohnya durian, benda-benda yang disimpan lama dalam peti sejuk seperti kek dan ais krim, benda yang terlalu pedas dan panas. Tapi kalau dah mengidam tu makan jela sikit, nanti kempunan pulak kan.

Banyakkan makan buah-buahan atau sayur-sayuran untuk memastikan baby berada dalam keadaan yang sihat. Minum susu ibu yang korang rasa sesuai. Barulah baby akan sentiasa sihat dalam kandungan.

Sudah buat pemilihan takaful yang tepat untuk bayi anda? Kalau belum, jangan risau!

Zaman sekarang ni semua individu memerlukan takaful yang tepat untuk mereka. Memang takaful sangat penting lagi-lagi kalau korang mengalami kecelakaan, kena masuk hospital dalam masa yang lama untuk mendapatkan rawatan dan sebagainya. Memandangkan kos sara hidup yang makin tinggi, kita semua perlu sediakan payung sebelum hujan. Betul tak?

AIA Public Takaful menawarkan pelan yang sesuai diambil untuk para ibu dan juga anak

Pelan untuk anak-anak boleh diambil seawal 14 minggu bayi dalam kandungan. Sebab biasanya takaful yang lain memerlukan sekurang-kurangkan 18 minggu baru boleh beli takaful untuk bayi.

Pelan terbaru dari AIA Public Takaful iaitu A-Life Joy-i ini adalah Takaful PERTAMA di Malaysia yang menyediakan perlindungan untuk Autisme dan ADHD. Pelan ini juga menyediakan perlindungan untuk 32 kes-kes bagi Penyakit Kritikal Juvana (30% daripada jumlah perlindungan).

Kanak-kanak akan dilindungi sehingga berumur 18 tahun. Selepas tempoh itu, kadar perlindungan akan meningkat sehingga 2 kali ganda. Jika anak-anak ingin menyambung pelajaran, mereka juga bakal mendapat dana pembelajaran. Ini adalah bagi memastikan masa depan mereka terjamin. Bagus kan takaful ni?

Dari tadi cakap pasal anak, perlindungan untuk ibu pulak macam mana?

Jangan risau, pelan perlindungan untuk para ibu pun ada iaitu dikenali sebagai A-Life Lady360-i. Pelan ini direka untuk memberikan perlindungan komprehensif bagi wanita sehingga umur 80 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi anda faedah Takaful, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri pertama di pasaran yang direka khas untuk wanita.

Takaful ini memberi anda ganjaran tunai bagi peristiwa-peristiwa berikut:

  • Perkahwinan – Bayaran 3% daripada amaun perlindungan.
  • Kelahiran Anak – Bayaran 3% daripada amaun perlindungan.
  • Usia Emas (pada umur 55 tahun) – Bayaran sehingga 12% daripada amaun perlindungan.

Oh ya, kalau korang nak tahu special feature tentang A-Life Lady360-i adalah jika anda (para ibu) adalah salah seorang daripada pemegang asal polisi A-Life Lady360-i, anda boleh membeli A-Life Joy-i dan nikmati keistimewaan dengan mendapatkan perlindungan untuk bayi anda tanpa pengunderaitan medical.

Jika anda berminat dan inginkan keterangan yang lebih lanjut tentang semua pelan yang ditawarkan oleh AIA Public Takaful ni, boleh berjumpa sendiri dengan life planner AIA atau boleh juga klik di link ini untuk maklumat lanjut!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×