Rakyat

4 Negeri Diramal Hujan Sepanjang Hari Merdeka, Hati-Hati!

47
SHARES

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan laporan cuaca bagi persediaan orang awam merancang perjalanan pada hari berkenaan. Empat negeri terlibat adalah Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak dijangka berlaku hujan sepanjang Hari Kebangsaan.

Baca juga: DBKL Tutup Jalan TAR Setiap Ahad, Tiada Kenderaan Dibenarkan Masuk

4 NEGERI DIRAMAL HUJAN SEPANJANG HARI MERDEKA, HATI-HATI

Bagi sebelah pagi, hujan beberapa kawasan diramalkan berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Bahagian Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri & Limbang), Sabah dan WP Labuan.

Bagi sebelah petang pula, hujan di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diikuti Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pada sebelah malam pula, cuaca buruk diramal melanda Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Sarawak (Bahagian Kapit, Miri & Limbang), Sabah dan WP Labuan.

Tempat-tempat lain yang tidak dinyatakan mengikut waktu dikeluarkan dijangka alami cuaca baik dan cerah.

Sumber: Kosmo 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×