Cantik

3 Produk Rimmel Yang Mampu Buat Anda Cantik Secara Natural, 100% Vegan Dan Fragrance Free!

383
SHARES

Tak kira umur, nak jadi lebih cantik tu memang lumrah semua wanita. Bukan cantik semata je tau tapi nak juga jadi  lebih yakin dengan penampilan mereka. Tapi, dalam nak jadi cantik tu, pemilihan produk untuk digunakan juga penting tau. Tak boleh main pakai je!

Kadang-kadang, ada bahan yang tidak sesuai untuk kulit kita digunakan dalam produk tersebut. So korang kena ambil lebih masa dan pilih produk untuk digunakan dengan teliti. Tapi, kali ni tak payah anda susah-susah nak buat pemeriksaan teliti, kitorang dah pilihkan kosmetik sesuai untuk anda Raya ni!

BE KIND, BE FREE, BE YOU! Koleksi Kind & Free ni sesuai untuk anda Raya ni!

Koleksi Kind & Free menjadikan kecantikan itu boleh dimiliki oleh semua orang. Rimmel meraikan setiap kecantikan dengan menghargai kepelbagaian dan perbezaan setiap individu.

Rimmel memang sangat menitikberatkan penggunaan bahan dalam produknya tau jadi sebab itulah jenama ini tidak mengandungi bahan terlarang membuatkan produk ini selamat untuk digunakan.

Ia juga bebas pewangi membuatkan ia mampu untuk menjaga kulit anda dengan baik. Produk ini telah diuji oleh pakar dermatologi dan non-comedogenic, jadi sesuai dengan kulit sensitif !

Malah, produk ini juga tidak diuji keatas haiwan dan bungkusannya boleh dikitar semula! Environment friendly sangat!

Kind & Free Moisturizing Skin Tint Yang Melembapkan Kulit

Kadang kita nak makeup look yang simple dan tak terlalu heavy kan? Admin nak kongsi dengan anda tentang Kind & Free Skin Tint yang melembapkan kulit.

Skin Tint memberikan rasa ringan, formula sheer dan menyembunyikan segala cela sambil melembapkan kulit anda dan tahan lama!

Bukan itu je, Skin Tint ini diperbuat dengan 77%  bahan semulajadi, kaya dengan vitamin E dan pro-vitamin B5 dan juga aloe vera. Ini memberikan kesan glow secara natural dan kulit akan kelihatan lebih sihat.

Produk ini didatangkan dengan 6 tona yang berbeza yang perfect untuk kulit orang Malaysia ni!

Concealer Kind & Free Yang Hydrating

Concealer Kind & Free ni sesuai dipakai sepanjang hari tau! Sebab concealer ni menghidratkan kulit anda sepanjang hari serta mengandungi kompleks vitamin antioksidan Vitamin E dan pro-vitamin B5, memberikan finishing yang cantik untuk makeup anda tu.

Mana yang mempunyai masalah tona tidak sekata dibawah mata tu, memang sesuai sangat la guna concealer ni sebab pilihan tona yang pelbagai membuatkan kulit anda akan nampak lebih natural!

Bahan yang digunakan juga adalah 80% dari bahan semulajadi, jadi muka anda tidak akan merekah atau bercapuk! Nak kesan yang lebih cantik, anda boleh gabungkan dengan Skin Tint yang juga terdapat 3 jenis tona dari cerah hingga medium.

 

Lengkapkan makeup anda dengan Kind & Free Pressed Powder

Tak lengkap lah kalau pakai Skin Tint dengan concealer je, mesti lah nak kena pakai pressed powder untuk lengkapkan solekan anda! Pressed powder Kind & Free ni bebas talkum tau! Produk ini juga dirumus dengan ubi kayu dan oat membuatkan ia mengandungi 94% bahan semulajadi.

Tekstur produk pun ringan! Menariknya, ia datang bersama vegan puff. Senanglah nak rata kan powder dengan vegan puff ni!

Produk ini ada 4 warna dari cerah hingga ke gelap termasuk warna universal translucent.

Ha mudah kan? Hanya guna 3 produk ni je makeup anda dah boleh jadi cantik dan natural. Dah lama tak Raya ramai-ramai ni, kali ni mestilah nak nampak da bomb kan? Jom jadi lebih yakin dan cantik Raya tahun ini macam diorang dalam video ni!

Apa anda tunggu lagi, jom dapatkan kesemua produk Rimmel ni di Shopee, Lazada, Zalora, Watsons dan Guardian!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×