DIY & Kraf

3 Bahan Keramat Boleh Hilangkan Kerak Botol Susu, 5 Minit Dah Settle

37
SHARES

Ibu bapa di luar sana dinasihatkan untuk membasuh botol susu anak dengan betul untuk mengelakkan bakteria membiak dan menyebabkan anak sakit perut, muntah dan cirit.

Selain merebus botol susu untuk membasmi kuman, ibu-ibu boleh cuba cara di bawah untuk menghilangkan kerak botol susu. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja dan confirm menjadi!

Baca juga: Cara Simpan Daun Pisang Kekal Segar & Hijau, 10 Hari Pun Tahan!

3 BAHAN KERAMAT BOLEH HILANGKAN KERAK BOTOL SUSU

Bahan-bahan: 

– Gunakan air panas untuk hasil yang pantas.

– Garam dan beras.

Cara-cara: 

1. Masukkan beras ke dalam botol.

2. Campurkan air panas ke dalam botol yang berisi beras tadi.

3. Tutup botol dengan penutup.

4. Goncang dengan penuh kasih sayang.

5. Perhatikan kerak kerak susu mula berenang-renang.

6. Goncang sehingga kerak habis tertanggal.

7. Bilas dengan air bersih.

Ulang step yang sama untuk garam.  Untuk membersihkan puting, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting. Geserkan permukaan puting dengan beras.

Dengan cara ni jugalah kita sebagai mak-mak boleh elakkan anak dari sakit perut akibat sabun pencuci. Bukan tak boleh guna cecair pencuci tau. Cuma cara bilas tu kena betul-betul cuci. Barulah anak tak mudah sakit perut. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Fitriah Azman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×