DIY & Kraf

DIY ‘Activity Table’ Yang Mudah. Anak Leka Berjam-jam, Rumah Pun Tak Bersepah Lagi!

1K
SHARES

“Memang bagus budak-budak ni main kinetic sand, tak adalah dia tengok gajet je. Tapi satu masalahnya, habis satu rumah berpasir… Apa nak buat ni ya?

Mesti anda pernah tengok activity table begini kan? Kalau tengok di kedai-kedai atau prasekolah, meja begini digunakan untuk aktiviti sensori seperti bermain Lego, PlayDoh, kinetic sand, dan sebagainya. Ia sangat berguna kalau ada anak kecil sebab lantai rumah takkan bersepah. Mainan pun tak cepat kotor atau rosak.

Sebenarnya tak susah pun nak DIY sendiri meja begini. Jom ikuti perkongsian Puan Siti Hajar Masran yang menunjukkan bagaimana mereka menghasilkannya di rumah dengan bajet dan bahan yang minimum.

Cara DIY ‘Activity Table’ Untuk Anak Kecil. Rumah Tak Bersepah Lagi!

Meja ini pada asalnya terbiar saja di stor. Bila tengok anak main kinetic sand dan bersepah satu rumah, timbullah idea untuk DIY sendiri activity table ini. Memang membantu sangat! Anak seronok main, ibunya pun seronok sebab rumah dah tak bersepah.

Bagi yang nak mencuba, ini caranya.

Bahan-bahan

  • Side table IKEA (macam dalam gambar di bawah) / apa-apa meja terpakai
  • Tupperware silikon (saya beli di Daiso)
  • Chipboard / papan terpakai
  • Gam silikon
  • Gergaji tangan
  • Battery drill

cara diy activity table

*Ini meja yang saya gunakan, tapi yang biru macam saya guna dah discontinued.

Cara-cara

Sekarang kita tengok cara-cara membuatnya pula.

1. Ukur / Tebuk Lubang Ikut Saiz Bekas

Mula-mula, draftkan ukuran lubang pada meja mengikut ukuran saiz bekas Tupperware yang nak digunakan. Anggarkan supaya ia berada di tengah-tengah.

Bila dah setkan ukuran, tebukkan lubang dengan menggunakan gergaji tangan.

2. Bubuh Tupperware

Seterusnya, bubuh Tupperware di tempat yang dah ditebuk.

Kalau tak nak bagi ia bergerak, bubuh gam silikon.

3. Potong / Lekatkan Papan Di Keliling Meja

Kemudian, gunakan papan atau chipboard untuk dijadikan ‘tembok penahan’ di sekeliling meja.

Agak-agak ketinggian agar tak terlalu tinggi supaya tak lenguh tangan anak yang bermain. Asalkan dapat halang mainan daripada jatuh dah OK.

4. Kemaskan

Akhir sekali, kemaskan bucu-bucu dan sambungan yang telah dibuat, Pastikan bahan paku / skru yang digunakan tak terkeluar. Bucu atau hujung boleh guna silicone atau safety table edge.

Di bawah ini sambungan yang dibuat menggunakan battery drill dengan skru chipboard type.

Kalau nak guna cara sambungan yang lain pun boleh. Terpulanglah ya.

4. Siap!

Bila dah siap, beginilah hasilnya. Lepas tu, ikut kreativitilah nak hias macam mana. Nak guna terus pun boleh.

Jom Cuba!

Sekarang dah bolehlah letakkan kinetic sand atau apa-apa mainan anak di dalam bekas Tupperware tengah tu – biasanya kita guna untuk bubuh mainan yang kecil-kecil atau senang berterabur.

Bila begini, senanglah mereka nak main puas-puas. Anak mesti leka berjam-jam lamanya!

Tak payah risau rumah bersepah lagi sebab senang nak suruh mereka kemas. Masukkan saja semuanya dalam bekas di tengah-tengah meja tu. Macam dalam gambar di bawah ini.

Senang, kan? Kalau ada masa hujung minggu nanti, bolehlah DIY activity table ini di rumah.

Selamat mencuba!

 

*Tips ini adalah perkongsian asal oleh Puan Siti Hajar Masran dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, rujuk post asal di SINI atau follow #TipsUmmi4Mommies

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×