Kini Trending

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Raikan Anak-Anak Yatim, Agih Sumbangan RM 1.4 Juta

292
SHARES

Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan yang ditunggu-tunggu setiap umat Islam bagi meraikan hari kemenangan kita yang sudah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan.

Kemeriahan 1 Syawal perlu disambut dengan rasa kesyukuran dan anak-anak yatim tidak patut dilupakan dalam merasai kemeriahan persiapan menjelang sambutan Hari Raya ini.

Sebanyak RM 1.4 juta sumbangan diberikan kepada 9,081 anak-anak yatim yang telah berdaftar dibawah seliaan YIDE

Sehubungan itu, bagi menyebarkan rasa keceriaan sambutan Hari Raya yang bakal tiba, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengagihkan sumbangan sebanyak RM 1.4 juta kepada 9,081 anak-anak yatim  yang telah berdaftar dibawah seliaan YIDE sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Setelah 3 tahun dibelenggu dengan wabak COVID-19, tahun ini, pihak YIDE berkesempatan melaksanakan program penyaluran bantuan secara fizikal dengan menyantuni anak-anak yatim di daerah-daerah Selangor.

Sebanyak 6 lokasi program penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim yang telah dijalankan melibatkan 2 lokasi rumah kebajikan dan 4 buah masjid di 4 daerah.

Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor yang telah berkenan berangkat mencemar duli untuk menyantuni anak-anak yatim dan rakyat jelata di setiap daerah yang terpilih.

YIDE turut menzahirkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua anggota masyarakat yang telah menyalurkan sumbangan kepada YIDE untuk anak-anak yatim ini.

YIDE juga mengharapkan semua anggota masyarakat serta syarikat-syarikat korporat dapat terus membantu YIDE bagi menyantuni anak-anak yatim dengan menyalurkan infaq sama ada melalui dalam talian atau menggunakan aplikasi InfaqYIDE.

Selain daripada program penyerahan sumbangan Hari Raya pada setiap bulan Ramadhan, pelbagai inisiatif juga dijalankan oleh pihak YIDE kepada anak-anak yatim seperti menyerahkan sumbangan Jom Ke Sekolah, melaksanakan program berkhatan perdana serta melaksanakan program-program motivasi.

Jom buat Sumbangan ke YIDE

Orang ramai yang ingin membuat sumbangan boleh terus ke akaun korporat YIDE, Bank Islam 1223 4010 0073 30 dan hubungi talian utama YIDE untuk mendapatkan resit pelepasan cukai di talian 017-756 9476 atau 017-756 9478.

Setiap sumbangan yang diberikan akan dikecualikan cukai pendapatan dan potongan di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Nombor Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.7622, bertarikh 15 November 2019 melalui resit rasmi YIDE.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×