Replicated Draft

Xiaomi 12 Series Hadir Dengan Teknologi Termaju Untuk Penuhi Citarasa Pengguna!

475
SHARES

Tak kisahlah sama ada bekerja, bermain game, mencipta content atau mengambil gambar, Xiaomi sentiasa terkedepan dalam menawarkan teknologi terbaru yang sangat mengagumkan pada perantinya!

Baru-baru ni juga, Xiaomi telah mengumumkan ketibaan siri telefon pintar terbaru di Malaysia iaitu Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro yang diperkasakan dengan teknologi pemprosesan termaju, sekaligus padat dengan pelbagai ciri untuk menepati citarasa pengguna!

Haa..agak-agak, anda pengguna yang mana satu?

The Executive

Bagi anda yang mempunyai jadual kerja yang padat, anda tentunya perlukan peranti yang dapat memudahkan kehidupan, di samping dapat bergerak seiring dengan hari anda yang sibuk. Betul tak?

Untuk meningkatkan produktiviti anda, Xiaomi 12 Series dilengkapi dengan platform mudah alih tercanggih Qualcomm, Snapdragon® 8 Gen 1, yang menetapkan bar untuk pengkomputeran generasi akan datang dengan proses teknologi 4nm termaju. Fuiyo!

Bila busy sangat kerja, kadang-kadang nak cas phone pun tak sempat kan. Haa..jangan risau, peranti Xiaomi 12 Series ni memang sesuai untuk anda yang sentiasa nak cepat ke mana-mana kerana ia menawarkan kelajuan dan keselamatan pengecasan yang memang to the next level!

Xiaomi 12 Pro menampilkan 4,600mAh yang dilengkapi dengan teknologi HyperCharge 120W Xiaomi, manakala Xiaomi 12 pula mempunyai bateri 4,500mAh dan menyokong pengecasan turbo wayarles 67W dan 50W tanpa wayar Xiaomi.

The Creator

Sama ada anda seorang jurugambar profesional, Instafamous atau hanya nak mencantikkan Instagram anda, dah semestinya anda memerlukan sebuah peranti yang dapat merakam gambar dan video dengan cantik dan berkualiti tinggi.

Say no more! Xiaomi 12 Pro menampilkan susunan kamera 50MP tiga gred Pro dengan telefoto 50MP dan kanta ultra lebar 50MP, manakala Xiaomi 12 menampilkan kamera utama gred Pro 50MP dengan kanta ultra lebar dan telemakro. Perghh..boleh bayang dah macam mana clear dan cantiknya gambar anda nanti!

Bukan itu je, dengan algoritma AI canggih Xiaomi, anda boleh merakam gambar dan video bak profesional dengan pelbagai effects istimewa dan pilihan kreatif termasuklah, Xiaomi ProFocus, One-click AI cinema dan Ultra Night Video untuk syot waktu malam.

The Film Buff

Kalau paparan video dah cantik, bunyi dan suara pun kenalah gempak!

Bagi pembuat video atau filem pendek, Xiaomi 12 Pro hadir dengan pembesar suara quad pertama pada peranti dan dikuasakan dengan SOUND BY Harman Kardon. Xiaomi 12 menampilkan dwi pembesar suara, juga dengan SOUND BY Harman Kardon, manakala pembesar suara quad Xiaomi 12 Pro ini tersedia dalam bentuk dua tweeter dan dua woofer untuk bunyi yang jelas, berkualiti dan menakjubkan!

Selain itu, Xiaomi 12 Pro juga menawarkan paparan 120HZ AMOLED dinamik WQHD+, manakala Xiaomi 12 hadir dengan paparan AMOLED 120Hz utuk memastikan pengalaman hiburan yang sangat lancar.

The Fashionista

Siapa yang suka tampil bergaya dan stylo sepanjang masa, anda mesti akan jatuh cinta dengan reka bentuk Xiaomi 12 Series ni. Mana taknya, ia bukan saja berprestasi tinggi, malah datang dalam reka bentuk ikonik serba baharu, bersaiz kompak serta bateri berkapasiti tinggi.

Lebih menarik, paparan 6.73-inci Xiaomi 12 Pro disarung dalam bingkai tengah yang anggun dengan lengkung 3D yang canggih. Sementara itu, paparan 6.28-inci Xiaomi 12 berukuran hanya 69.9mm lebar dan diserikan oleh lengkung yang licin untuk kesesuaian yang sempurna*.

Peranti Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12 juga tersedia dalam tiga warna menarik iaitu kelabu, ungu dan biru yang sesuai digayakan ke mana saja.

*Berat produk dan spesifikasi berkaitan adalah nilai teori sahaja. Ukuran sebenar antara produk individu mungkin berbeza-beza. Semua spesifikasi tertakluk kepada produk sebenar.

The Traveller

Kalau anda jenis yang tak suka nak bawak kamera atau peralatan yang banyak atau berat ketika travel, Xiaomi 12 Series memang untuk anda!

Xiaomi 12 Pro dengan kamera utama 50MP Pro-grade dan paparan 6.73-inci, sementara Xiaomi 12 dengan paparan 6.28-inci berukuran hanya 69.9mm lebar mampu menangkap gambar sinematik menakjubkan sepanjang perjalanan anda!

Haa..amacam? Rasa-rasanya anda tergolong dalam kategori pengguna yang mana satu? Tapi tak kisahlah pengguna yang mana pun, yang penting Xiaomi 12 Series ni memang perform dan terbaik!

Anda dah boleh dapatkan Xiaomi 12 Series sekarang!

Dah pun mula dijual sejak 26 Mac, kini anda boleh dapatkan Xiaomi 12 Series di Kedai Sah Xiaomi, Lazada ataupun Shopee.

Harga pun memang setanding dengan prestasinya!

Xiaomi 12 Pro ( 12GB + 256GB): RM 3,899

Xiaomi 12 (8GB + 256GB): RM 2,999

Yang lagi best, anda juga berpeluang untuk nikmati servis premium apabila membeli peranti Xiaomi 12 Series ni tau. Antaranya seperti:

  • Upgrade OS Android selama 3 tahun
  • Upgrade keselamatan selama 4 tahun
  • Lanjutan waranti produk 1+1 tahun bernilai RM499
  • Penggantian (1) skrin percuma dalam tempoh 6 bulan selepas pembelian untuk kerosakan di bawah jaminan bernilai RM199
  • Beli Xiaomi Soundbar 3.1ch baharu untuk DISKAUN 50% (RRP: RM 1,499) apabila anda membeli mana-mana peranti di atas dengan penghantaran dari pintu ke pintu 30 hari selepas membuat pesanan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Xiaomi 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×