Hebahan

Wyeth Nutrition Lancar Kelab S-Mama di Platform WeChat

2
SHARES

Kuala Lumpur – Wyeth Nutrition, selaku perintis dalam sains pemakanan dan teman perjalanan keibubapaan, telah memperluaskan platform digitalnya dengan melancarkan profil di platform WeChat, yang merupakan antara aplikasi pesanan paling popular di Malaysia.

Selari dengan tema 2016 iaitu “Meraikan Kepintaran Berbilang Anak Anda” (Celebrate Your Child’s Multiple Intelligence), Wyeth Nutrition menggalakkan ibu-bapa untuk memupuk anak-anak mereka menjadi yang memiliki kepintaran pelbagai berdasarkan konsep integrasi yang merangkumi – Body Smart, Brain Smart, and People Smart.

wyeth

Wyeth Nutrition di Aplikasi WeChat

“Dengan manfaat teknologi pintar, kami merasakan ada baiknya untuk melengkapi ibu-ibu moden di Malaysia dengan satu aplikasi yang berguna untuk menemani mereka dalam perjalanan keibubapaan masing-masing,” kata Dr. Mohamed Shaarawy, Pengurus Perniagaan Negara, Wyeth Infant Nutrition Malaysia dan Singapura.

Untuk mendekatkan diri dengan ibu-ibu, profil Wyeth Nutrition di WeChat menyediakan maklumat berfaedah seperti petua kesihatan, panduan pemakanan, pengumuman berkaitan acara yang bakal berlangsung, produk terbaharu dan tawaran menarik.

Justeru, segala bantuan keibubapaan yang diperlukan kini boleh didapati melalui WeChat dengan hanya beberapa sentuhan di skrin telefon bimbit, sekaligus menjanjikan satu pengalaman keibubapaan yang menyeluruh buat pasangan suami isteri tatkala mereka cuba memupuk hubungan erat ibu-bapa dan anak dan kehidupan sihat sekeluarga.

Melalui ID WyethNutritionMY di WeChat, Wyeth Nutrition dapat meningkatkan komunikasi dengan para pelanggannya kerana ia boleh dapat dihubungi terus melalui perbualan peribadi dalam WeChat.

“Kadar penetrasi aplikasi bimbit WeChat telah mencecah 95 peratus di Malaysia dan kami berbesar hati untuk dapat mendekatkan Wyeth Nutrition dengan ibu-ibu menerusi satu perhubungan yang istimewa,” kata Louis Song, Pengurus Negara, WeChat Malaysia dan Indonesia.

Wyeth Nutrition di Platform Digital

S-MAMA Club Wyeth Nutrition ialah salah satu komuniti keibubapaan dalam talian yang pesat berkembang di Malaysia. Ia merupakan antara kelab keibubapaan yang paling aktif dengan bilangan ikutannya yang besar.

“Sejak diperluaskan dari sekadar satu laman sesawang ke platform media sosial, Wyeth Nutrition kini telah menghimpunkan lebih daripada 243,000 pengikut di Facebook,sekaligus tergolong sebagai antara kelab keibuan terbesar berdasarkan jumlah ikutannya. Jadi, kami mengharapkan dapat mencapai angka yang sama, ataupun lebih di WeChat kelak,” kata Dr. Mohamed.

Kelab S-MAMA Pupuk Kesejahteraan Sekeluarga, Sediakan Ganjaran Ekslusif

Faedah dan ganjaran yang ditawarkan Kelab S-MAMA sememangnya berpelbagai dan praktikal untuk ibu-ibu. Tetapi ia tidak terhad kepada golongan ibu sahaja, sebaliknya turut dapat dinikmati sekeluarga.

Dengan mengumpul mata GOLD menerusi label produk atau kerajang aluminium yang berserta stiker harga bagi setiap pembelian S-26® MAMA, S-26 GOLD® PROGRESS®, S-26 GOLD® PROMISE® dan S-26 PE GOLD®, ahli-ahlinya berkesempatan mendapatkan ganjaran eksklusif daripada Kelab S-MAMA.

Antara barangan menarik yang boleh ditebus dengan mata yang terkumpul termasuk alat mainan berunsur pendidikan, perkakasan isi rumah, hadiah dan baucar. Bukan itu sahaja, program kesetiaan turut membolehkan ahli-ahlinya menikmati pelbagai faedah di barisan kedai dan jenama terkemuka seperti MPH, Popular, Anakku, Thermos®, PONEY, Tupperware dan banyak lagi.

“Wyeth Nutrition memiliki pengalaman yang mencecah ratusan tahun dalam menghasilkan susu berkualiti premium yang memenuhi segala keperluan kanak-kanak seperti S-26 GOLD® PROGRESS®, S-26 GOLD® PROMISE®, serta S-26® MAMA yang dirumuskan khas buat ibu mengandung dan ibu menyusui. Selaku peneraju dalam sains pemakanan, kami memupuk kepintaran berbilang dengan membekalkan produk-produk berkhasiat terbaik yang selari dengan gaya hidup tumbesaran semasa,” jelas Dr. Mohamed.

“Usaha kami untuk mendekatkan diri dengan pelanggan menerusi platform digital membuktikan bahawa Wyeth Nutrition sentiasa mengambil berat terhadap golongan ibu dan membantu mereka seberapa yang mungkin, seiring dengan niat kami untuk menjadi teman perjalanan keibubapaan,” tambah Dr. Mohamed.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut petua keibu-bapaan dan berhubung produk Wyeth Nutrition, sila layari https://www.wyethnutrition.com.my/ atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-88-5526.

Sertai Wyeth di laman Facebook Wyeth Nutrition untuk mengetahui keistimewaan dan faedah eksklusif Kelab S-MAMA Club. ID WeChat mereka boleh dihubungi melalui  WyethNutritionMY.

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×