Percutian

Aktiviti Outdoor White Water Rafting Di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

92
SHARES
White Water Rafting

Rafting! Bagi penggemar aktiviti lasak dan ingin mencuba aktiviti baru, saya cadangkan anda pergi rafting! Dulu lasak dengan tanah, sekarang kita lasak pula dengan air.

Cuba aktiviti outdoor yang lain

Bila sudah bosan hiking, wall climbing, atau mandi air terjun, tidak salah kalau cuba rafting pula. Pasti ia lebih seronok dan mencabar.

Salah satu tempat White Rafting di Selangor adalah di Kuala Kubu Baru yang terletak di Hulu Selangor. Perjalanan ke Kuala Kubu Baru dalam 1 jam lebih dari Shah Alam.

Hulu Selangor

Sedikit maklumat mengenai Hulu Selangor, Hulu Selangor adalah permulaan sungai Selangor dan sungai ini bermula dari Kuala Kubu Bharu menuju ke Selat Melaka di Kuala Selangor sepanjang 110km

Ada beberapa jeram di Kuala Kubu Baru yang bermula dari Gred 2 sehingga Gred 4 dengan air sejuk yang bersih.

Gred 2 boleh dikatakan laukan yang clear dan kurang mencabar, memang sesuai untuk beginner dan Gred 4 memang mencabar dan mempunyai banyak batu dan air yang deras.

White Water Rafting, Kuala Kubu Bharu

Pertama kali melakukan aktiviti outdoor White Water Rafting di Selangor ajuran #TSDayOut, Tourism Selangor. Kami tiba di Kuala Kubu Bharu dalam pukul 10.00 pagi. Memang teruja habis sebab Rafting memang aktiviti yang ditunggu-tunggu dan memang aktiviti lasak yang ramai nak cuba!

Sebelum mula, anda akan diberikan taklimat mengenai pemakaian Jaket keselamatan dan juga helmet. Ini wajib ya. Kena beri perhatian semasa taklimat sebab ini untuk keselamatan kita juga.

White Water Rafting Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor -01

Pakai jaket keselamatan dan juga helmet. Itu jangan lupa ye!

White Water Rafting Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor -02

Taklimat duduk atas raft dengan betul!

White Water Rafting Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor-03

Sedia untuk berlabuh! hehe

Cabaran dan White Water Rafting

Sangat la seronok kalau dapat rafting di Gred 4, gred paling atas. Akan tetapi disebabkan masalah-masalah teknikal, kami hanya pergi di Gred bawah. Kebetulan pula masa tu, empangan ditutup dan air tidak meriah!.

Kecewa juga la sebab pusingan pertama hanya mampu rafting dalam keadaan air yang sangat cool dan cetek. Sebab itu dalam rafting air adalah segala-galanya. Ini cabarannya bila melakukan rafting. Air tidak boleh dijangka. Kadangkala air tidak laju untuk gerakkan raft dan tube.

Oh ya, ada dua aktiviti anda boleh buat disini, iaitu rafting dan tubing. Bezanya, tubing seorang-seorang, dan rafting beramai-ramai.

White Water Rafting Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor -04

Pusingan pertama. Kesedihan terpancar bila air sangat cetek!

Tapi mujur, pusingan kedua kami air dah mula naik dan laju!.  Masa itu dalam pukul 2 petang. Mula-mula memang agak frust, masing-masing sudah tidak mahu main. Lepas di beri jaminan oleh guider dan lepas tengok air, Alhamdulillah. Kecewa berganti dengan ceria.

Dua pusingan... Dan seronok. Takut sebab guider berusaha bersungguh-sungguh nak jatuhkan kami. Tapi tak jadi!

Foto kredit : Aeril_Media

Memang seronok sehinggakan kami sanggup bawa naik semua raft untuk buat lagi sekali. Takut memang takut tapi seronok. Lagi-lagi dapat guider yang sangat bersungguh-sungguh nak jatuhkan kami. Tapi akhirnya tak dapat. Sila cuba lagi lain kali. Tapi orang cakap, kalau tak terbalik tak syok. Ye ke?

Mari tonton video  cubaan untuk menterbalikkan kami. Ada pesanan dari Mat Redha dan Nazrief Nazri sekali.

[infobox]

Tourism Selangor Logo

Tourism Selangor adalah agensi pelancongan dibawah naungan kerajaan negeri yang diberikan mandat untuk meningkatkan jumlah pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri Selangor. Beberapa inisiatif diambil – kempen tempatan dan antarabangsa, acara, misi perdagangan pelancongan, roadshow dan banyak lagi.

Web: tourismselangor.my

Facebook: facebook.com/tourismselangor

Twitter: twitter.com/tourismselangor

[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×