Kini Trending

[Video] Walaupun Berbeza Sambutan, Tapi Aidilfitri Tetap Bermakna Bila Bersama!

491
SHARES

Syawal kali ini umat Islam Malaysia menzahirkan rasa kesyukuran kerana dapat pulang menyambut lebaran di kampung halaman. 

Disambut dengan cara berbeza di setiap negeri, Aidilfitri tahun ini pastinya lebih bermakna apabila sanak saudara daripada pelbagai latar belakang dan budaya berkumpul bagi memeriahkan lebaran kali ini.

Justeru, bagi memeriahkan lagi sambutan Syawal, Tenaga Nasional (TNB) tampil dengan sebuah filem raya berjudul ‘Raya Macam Cara!’.

Berbeza tapi bermakna

‘Raya Macam Cara!’ mengisahkan empat orang sepupu iaitu Alyssa, Sofea, Noah dan Imran yang menetap di serata Malaysia dan pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga besar mereka di Kedah.

Sepanjang berada di kampung, mereka menyedari terdapat pelbagai cara dalam menyambut raya. Ini termasuklah corak dan jenis pakaian, kemeriahan hidangan serta keunikan dialek dari setiap negeri. 

Walaupun berbeza, mereka tetap saling menghargai keunikan latar belakang dan budaya masing-masing lantas merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. 

Mungkin cara sambutan Aidilfitri kita berbeza,  namun inilah keunikan yang memeriahkan lagi sambutan serta memberikan kenangan manis buat ahli keluarga. 

Jangan lupa untuk menonton filem Raya Macam Cara! di saluran YouTube TENAGAofficial dan ikuti TNB di Facebook serta di Instagram untuk perkembangan terkini. 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×