Kalau diberi pilihan sama ada nak hadapi masalah tak ada elektrik, anda pilih yang mana? Kalau admin, admin rela tak ada elektrik janji ada air dekat rumah. Cuba bayangkan kalau masalah tiada air ni berpanjangan, mesti banyak kerja akan tertangguh. Terus kucar-kacir hidup kita kan?
Di Selangor memang tak dinafikan setiap tahun ada masalah air. Walaupun notis awal telah pun diberi, namun tak semua yang betul-betul bersedia untuk menghadapi masalah ini.
Bukan itu sahaja, kadang-kala air yang telah ditadah tidak mencukupi pun untuk menampung beberapa hari tersebut. Lebih-lebih lagi kalau rumah yang mempunya isi rumah yang ramai.
Adakah Kerajaan Selangor mendengar keluhan rakyat dan apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini?
Inisiatif Kerajaan Untuk Air Selangor
Hal ini menjadi lebih serious apabila pandemik Covid-19 melanda negara pada tahun 2020 dan dalam masa yang sama, Selangor turut mengalami gangguan air dek kerana pencemaran alam sekitar yang terjadi di sungai sekitar Selangor.
Ekoran dari masalah ini, Kerajaan Selangor telah menyediakan beberapa inisiatif untuk mengatasi masalah ini. Nak tahu apa insiaitifnya? Tengok video dibawah ni sampai habis!
Terdapat 4 strategi yang telah diluluskan untuk mengatasi masalah pencemaran sungai!
Terdapat 4 strategi yang telah diluluskan untuk dilaksanakan pada tahun 2021 bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan hampir RM200 juta telah di keluarkan oleh Kerajaan Selangor untuk melaksanakan semua strategi ini!
Antara strategi yang digunakan ialah:
Strategi 1: Rawatan Biologi Di Kolam-Kolam Berkenaan Di Hulu Sungai Selangor
Strategi 2: Kerajaan Selangor memperkemaskan tindakan pemantauan Lembangan Sungai melalui pemantauan dan pengawasan menggunakan dron berteknologi tinggi serta penambahan petugas LUAS untuk mengadakan pengawasan 24jam dan pantauan ‘River Patrol’.
Strategi 3: Pembinaan Infrastruktur Pengepaman terus dari Hybrid off River Augmentation Storage atau singkatannya HORAS 600.
Strategi 4: Penguatkuasaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam PINDAAN 2020
Air Selangor kini sedang melaksanakan pembangunan Skim Bekalan Air Rasau dengan membina Loji Rawatan Air Rasau Peringkat 1 untuk mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air dari loji-loji rawatan air di Sungai Selangor.
Loji ini dijangka akan siap pada tahun 2024 dan akan memberi manfaat kepada ramai penduduk.
Anda boleh ke website Air Selangor untuk dapatkan maklumat lebih lanjut! Jom lah mainkan peranan kita untuk sama-sama menjayakan usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani isu air ni!