Famili

[VIDEO] Iklan SAFI ‘Raya Kau Hijau’ Ajak Kenal Erti Kemaafan & Jaga Diri Sempena Pandemik

746
SHARES

Hari yang paling ditunggu-tunggu setelah sebulan berpuasa adalah sambutan Aidilfitri yang menandakan berakhirnya Ramadan dan bermulanya bulan Syawal. Walaupun tahun ini sekali lagi Aidilfitri disambut di dalam musim pandemik, tapi ia masih boleh disambut dengan penuh makna walaupun dalam kesederhanaan.

Selalunya, sepanjang sambutan Aidilfitri mesti ada je beberapa perkara yang boleh membuatkan anda rasa tak puas hati. Antaranya, kawasan parkir rumah penuh dengan kereta jiran, pakai baju raya sedondon dengan sofa dan hilang kasut di masjid selepas solat raya.

Lepas tu pulak, tahun ni kita tak boleh rentas sempadan negeri untuk beraya di kampung disebabkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Hmm..terus hilang mood dan keseronokan nak sambut raya.

Tetapi, bukankah simbolik Aidilfitri adalah tanda kemaafan, perdamaian hati sesama umat manusia serta waktu sesuai untuk digunakan bagi melupakan kekhilafan lalu? Jadi, jangan marah-marah dan jom bermaafan antara satu sama lain sebab daripada kita bergaduh di hari yang mulia, lebih elok kiranya kita meraikan Syawal dengan nilai mulia.

Sebelum tu, jom tengok dulu iklan raya SAFI ni.

Menerusi kempen Raya Kau Hijau, SAFI Malaysia ingin menerapkan kepada rakyat Malaysia mengenai kepentingan bermaafan dan menjaga keselamatan diri di dalam musim pandemik Covid-19. Selain itu, SAFI turut ingin mengajak orang ramai untuk menjaga keselamatan diri dengan mengikuti setiap SOP sambutan Aidilfitri yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Berikutan sambutan Aidilfitri di musim pandemik, orang ramai turut digalakkan untuk mencuci tangan sekerap yang mungkin selepas menziarahi rumah jiran bagi mengelakkan virus Covid-19 daripada menjangkiti  kita.

Dengan rangkaian produk SAFI meliputi produk rambut sehingga produk penjagaan kulit, SAFI turut menekankan penjagaan kesihatan terutama di musim pandemik.

Untuk maklumat lanjut  dan untuk mendapatkan produk rangkaian SAFI layari kedai dalam talian Shopee.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×