Famili

[VIDEO] “Buat Hal Lah….”- Diam Selepas Mandi, Rupanya Anak Masuk Sangkar Kucing!

58
SHARES

Gelagat anak kecil memang kadang kala menguji kesabaran kerana mereka suka melakukan perkara yang tidak disangka-sangka. Hal ini sama seperti perkongsian seorang bapa di media sosial apabila terkejut denga tindakan anak perempuannya.

Video dikongsi seorang lelaki dikenali sebagai Faiziraid berjaya meraih lebih 1.3 juta tontonan di laman TikTok, dan rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua beranak itu.

Baca juga: [VIDEO] “Mak-Mak Banyak Berfikir…”- Ibu Terkejut Anak Di Walker Hilang, Rupanya…..

DIAM SELEPAS MANDI, RUPANYA ANAK MASUK SANGKAR KUCING

Menerusi perkongsian video pendek itu, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Nur Arissa Farhana yang baru sahaja dimandikan tetapi bertindak masuk ke dalam sebuah sangkar kucing.

Lebih mencuit hati apabila si bapa mula berleter dengan tindakan luar kawalan anaknya itu

“Kamu tepi, kamu tepi. Kamu itu baru lepas mandi kamu tahu tak? Ayah baru lepas mandikan kamu yang kamu masuk dalam kandang kucing kenapa Nur Arissa Farhana. Mati kucing tu,” ujar lelaki itu.

@faiziraid

Viral terus….

♬ original sound – faiziraid – faiziraid

“BUAT HAL LA, HAHAHA”

Kejadian ini berlaku dikatakan kerana anak lelakinya bertindak meletak sebuah bongkah kayu di hadapan sangkar kucing dan dijadikan sebagai ‘kunci’. Hal ini kerana dia tidak muat untuk masuk ke dalam sangkar kucing itu.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di negeri Perak berikutan dialek yang digunakan dan menerusi ruangan komen rata-rata netizen sempat memberikan jenaka kepada dua beranak ini.

Sumber: TikTok Faiziraid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×