Famili

[VIDEO] Anak Asyik Nak Makanan Kedai, Ibu Masak & Bungkus Macam Beli Di Luar

26
SHARES

Membesarkan anak bukanlah satu perkara mudah dan sebagai ibu bapa sudah tentunya mahu berikan yang terbaik walaupun kadang kala kerenah mereka pening kepala dibuatnya.

Begitulah yang dilalui oleh seorang ibu di laman TikTok apabila kerenah si anak memeningkan kepala dan dia terpaksa melakukan perkara luar jangkaan supaya kehendak anaknya dituruti. Macam-macam ya si anak ‘buli’ ibu…

Baca juga: [VIDEO] Ibu Goreng Ikan Keli Kesayangan, Budak Lelaki Menangis Tak Nak Makan

ANAK ASYIK NAK MAKANAN KEDAI, IBU MASAK & BUNGKUS MACAM BELI DI LUAR

Menerusi video dimuat naik oleh akaun @m4kberuang, dia menjelaskan anaknya tidak mahu makan jika makanan tersebut tidak dibeli di kedai.

Justeru, dia bertindak membuat sesuatu di luar jangkaan dengan memasak makanan untuk si anak dan membungkuskannya seperti membeli di kedai.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan si ibu memasak sup ayam dan telur dadar lalu dibungkus seperti membeli di kedai dan dimasukkan ke dalam beg kertas berwarna coklat.

Idea kreatif si ibu ternyata berjaya memperdayakan anaknya dan dia kelihatan begitu gembira kerana ibunya membeli makanan tersebut.

@m4kberuang

Arissa oh Arissa🤣🤣🤣 #fyp

♬ Funny Song – Cavendish Music

“Bila anak susah makan. Nak makanan yang dibeli dekat luar je. Seronok dia bila nampak paper beg tu. Dirimu tertipu nak,!” ujarnya.

“PANDAI MAK DIA…”

Perkongsian video tersebut sudah tentunya berjaya meraih perhatian warganet dan mereka memuji tindakan wanita berkenaan kerana gigih melakukan apa sahaja demi kerenah si anak yang tidak mahu makan.

Sumber: TikTok M4kberuang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×