Selalunya time dekat-dekat nak raya ni, rakyat Malaysia dah terbiasa menantikan kemunculan filem pendek, video atau iklan hari raya daripada beberapa syarikat terkemuka di Malaysia. Macam-macam versi iklan kita boleh tengok. Ada yang lucu, yang sedih dan yang paling penting semuanya memberi pengajaran yang baik kepada yang menonton.
Memandangkan bulan puasa pun dah nak sampai ke penghujungnya, jadi kali ni admin nak kongsikan dengan anda semua 10 iklan Hari Raya Aidilfitri 2019 yang paling best dan memang masuk list wajib tonton di SirapLimau.
1. Rendang SoRaya – Petronas
Iklan raya Petronas tahun ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Soraya yang teringat akan kenangan sewaktu menyiapkan rendang sebagai juadah di pagi hari raya bersama arwah ibunya. Dia kemudian cuba mengingati kembali resipi rendang arwah ibunya dan memasak sendiri rendang yang sama untuk ayahnya. Nak tahu Soraya berjaya atau tidak, anda kena tonton sendiri iklan ini!
2. Siapakah Aku? – Sunway
Siapakah Aku? Tengok tajuknya pun dah timbul persoalan macam-macam. Tapi itulah keunikan iklan raya daripada Sunway tahun ini. Hanya kerana satu keperluan yang sama, dalam tak sedar kita semua bersatu tidak mengira bangsa dan agama. Saling melengkapi dan saling membantu. Jadi, Siapakah Aku yang dimaksudkan tu? Sebaiknya anda tonton sendiri video raya Sunway ini.
3. Dugaan Ramadan – McDonald’s
Ramadan, keindahannya tidak terucap dengan kata-kata. Dalam bulan yang penuh berkat ini, kita digalakkan untuk bersabar dan bersyukur walaupun didatangi ujian dan dugaan. Jom kita tonton kisah yang memberi makna dan pengisian pada jiwa ini. Terbaiklah McDonald’s!
4. Raya Lain Maciem – Mister Potato
Kalau anda rasa raya tahun ni biasa-biasa je, sebaiknya anda tengok iklan raya Mister Potato ni pulak. Admin yakin hari raya anda dan keluarga akan jadi lain maciem lepas tonton video ni. Mister Potato Raya Lain Maciem mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang kelihatan resah cuba memikirkan cara untuk jadi someone yang luar biasa dan lain maciem waktu hari raya nanti.
5. Jalan Raya – Fashion Valet
Rasa tidak lengkap raya kalau tak balik kampung jumpa mak. Samalah macam Sophia dalam iklan raya Fashion Valet ni. Katanya raya tahun ni dia dah dapat cuti dan boleh balik Kedah. Tapi sepanjang perjalanan nak balik tu macam-macam masalah datang. Apa yang best kalau anda tonton iklan ini ialah anda sendiri sebenarnya boleh tentukan kisah perjalanan Sophia di Jalan Raya. Caranya, anda cuma perlu tengok video sampai ke penghujung kemudian pilih mana satu jawapan yang anda suka!
6. Luminarc Dinner Set Square – Tesco
Nak hidangan raya tahun ni lebih eksklusif? Anda boleh dapatkan set kelengkapan dapur Luminarc daripada Tesco. Jom cuci mata tonton video pendek Tesco ini dulu. Mana tahu berkenan, boleh juga beli dan hadiahkan dekat mak satu set!
7. #BuangBalikRaya – Grab
Iklan raya yang satu ini rasanya paling kreatif. Yelah, dalam sibuk syarikat lain terbitkan iklan raya yang memaparkan tentang persiapan hari raya di tahun 2019, Grab pula muncul dengan iklan versi throwback dengan mengambil sedutan pendek dalam iklan-iklan raya lain yang terdahulu. Siap ada mesin masa tau! Jom kita pakat throwback bersama #BuangBalikRaya. Segala krisis dan masalah yang dihadapi oleh beberapa watak dalam iklan-iklan raya tahun lalu nampaknya berjaya diselesaikan dengan bantuan Grab!
8. The Beauty of Raya – Pavilion KL
Anda dah pergi Pavilion KL ke belum? Kalau belum admin rasa dah sampai masanya untuk anda dan keluarga cepat-cepat pergi shopping dekat situ sebab sambutan raya di Pavilion KL tahun ini sangatlah meriah. Kalau anda nak tambah semangat dan mood shopping raya, tengok video ni dulu!
9. Hero Realiti- Digi
Iklan Raya yang satu ini paling sedih dan sebenarnya sangat memberi inspirasi kepada kita semua. Video pendek ini mengisahkan tentang kecekalan dan semangat Encik Md Zin iaitu seorang penghidap penyakit strok dalam usaha memulihkan diri agar dapat berjalan serta melakukan aktiviti harian seperti biasa. Dengan sokongan kuat keluarga, inisiatif Digi dan bantuan kepakaran terapi teknologi VR, akhirnya Encik Md Zin pulih.
10. Senheng Ceria Bersamamu
Gadis cantik ini runsing apabila terpaksa shopping raya di saat-saat akhir untuk ibu, ayah dan adiknya sebelum balik kampung. Ini situasi biasa berlaku bila dah dekat nak raya sebab semua ahli keluarga pun nak beli macam-macam barang keperluan baru. Itu belum masuk lagi barang-barang keperluan sendiri. Mau penuh kereta dengan barang-barang, silap-silap tak muat. Nasiblah ada Senheng, anda boleh beli secara online dan mereka siap ada servis delivery sampai depan pintu rumah lagi tau. Jom tonton video ini!
Mana satu iklan raya pilihan anda?
Haaa… mana satu iklan raya pilihan anda tahun ini? Kalau admin semua pun admin suka tau! Apa pun di kesempatan ini kami di Sirap Limau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga hari raya tahun ini lebih bermakna dan meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Hati-hati ya balik kampung!