Tahun baru adalah masa terbaik untuk beri nafas baru kepada kediaman anda. Sama ada dapur yang lebih canggih, peti sejuk yang lebih besar, atau mesin basuh yang lebih efisien, semuanya boleh direalisasikan dengan ELBA.
Lagi best, beli barang ELBA sekarang, anda boleh sertai peraduan “Spend & Win” dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM263,000!
“Spend & Win” dan menang hadiah luar biasa!
Ha.. ELBA nak beri hadiah menarik untuk anda! Dengan pembelian peralatan ELBA bernilai RM400 dan ke atas, anda berpeluang memenangi hadiah luar biasa seperti kereta BYD Seal!
Tak cukup dengan itu, banyak lagi hadiah menarik seperti peralatan rumah canggih dan baucar membeli-belah menanti anda.
Macam mana nak sertai? Mudah saja! Ikut langkah-langkah di bawah:
- Beli peralatan ELBA bernilai RM400 dan ke atas.
- Simpan invois dan kad waranti yang sah sebagai bukti pembelian.
- Hantar penyertaan bersama invois dan kad waranti anda ke laman web kempen atau kaunter penyertaan yang disediakan oleh ELBA.
- Tunggu pengumuman pemenang! Setiap pembelian memberi anda peluang untuk menang hadiah utama kereta BYD SEAL dan banyak lagi hadiah menarik.
Kempen ini berlangsung dari sekarang hingga 31 Januari 2025. Jangan lepaskan peluang, sertai sebelum tarikh tutup!
Bukan itu sahaja, anda juga boleh dapatkan hadiah menarik dengan pembelian ELBA tertentu! Macam mana tu?
Ha…bukan setakat peluang menang hadiah besar, ELBA juga menawarkan Gift with Purchase eksklusif untuk peralatan terpilih! Antaranya:
- ELBA Pressure Cooker bernilai RM299
- Color King QianChu 2.0L Pot bernilai RM198
Bayangkan, bukan sahaja anda dapat upgrade rumah, tetapi anda juga boleh bawa pulang hadiah tambahan hanya dengan pembelian produk ELBA!
Untuk maklumat lanjut mengenai Gift with Purchase, sila lawati laman web ELBA.
Kenapa anda perlu membeli peralatan rumah dengan ELBA? Ini sebabnya!
Ketika memilih peralatan rumah, anda pasti mahukan produk yang bergaya, tahan lama, dan mudah digunakan. Itulah sebabnya ELBA menjadi pilihan utama ramai pengguna di Malaysia, dengan gabungan reka bentuk moden dan fungsi canggih.
Selain itu, dengan pengalaman lebih 40 tahun, ELBA menawarkan peralatan rumah premium dalam kategori dapur, penyejukan, dan pencucian. Produk ELBA bukan hanya pelaburan jangka panjang untuk rumah yang lebih selesa, tetapi juga jaminan kualiti dan inovasi berterusan.
Antara produk yang ditawarkan adalah:
1. ELBA Mastro Collection Designer Hood
Hood reka bentuk ini dilengkapi dengan BLDC Motor berprestasi tinggi, memberikan prestasi sedutan yang kuat dengan bunyi yang sangat senyap. Ia juga hadir dengan hob link technology yang secara automatik menghidupkan hood apabila hob dapur anda diaktifkan.
Dengan paparan TFT LCD dan kawalan sentuh, hood ini bukan sahaja kelihatan bergaya, tetapi juga menawarkan pengalaman memasak yang lebih lancar dan praktikal di dapur.
2. ELBA 650L PERFECTFIT Multi Door Refrigerator
Yang menarik tentang peti sejuk ELBA PERFECTFIT ni, reka bentuk PERFECTFIT-nya direka khas untuk disesuaikan dengan kabinet dapur anda, memang kemas dan moden!
Bukan itu sahaja, peti sejuk ni juga dilengkapi dengan sistem penyejukan quad-zone yang membolehkan anda laraskan suhu di empat zon berbeza.
Ada juga Nature Zone yang secara automatik mengesan kelembapan untuk pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran kekal segar. Kalau nak simpan makanan tanpa perlu defrost, guna saja Smart Zone, suhu dikawal pada -1.5⁰C, makanan kekal segar sampai tiga hari!
3. ELBA 15.5kg Top Loading Fully Automatic Washing Machine
Dengan teknologi canggih, mesin basuh top load ini menawarkan kitaran pantas yang memastikan pakaian anda bersih sepenuhnya dalam masa yang lebih singkat. Ciri inovatif ini membolehkan anda mencuci lebih banyak pakaian dengan lebih efisien, memberi anda lebih banyak masa untuk perkara lain.
Dilengkapi dengan motor cekap tenaga, sistem Drum Hygiene untuk kebersihan lebih baik, dan penutup kaca temper yang ditutup perlahan, mesin ini direka untuk memberi pengalaman mencuci yang lebih selamat, senyap, dan tahan lama.
Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menaik taraf kediaman anda dengan ELBA & menang hadiah lumayan!
Ini peluang keemasan anda untuk memenangi hadiah besar dan upgrade peralatan rumah anda dengan produk premium dari ELBA.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang mereka di SINI.