40 Minggu

Untuk Wanita Hamil Yang Bekerja, Ini 5 Panduan Pakar Untuk Kekalkan Keselamatan Ibu & Bayi

67
SHARES

Lain wanita, lain pengalaman kehamilannya. Untuk wanita yang berjalan dengan lancar, sudah tentu boleh terus bekerja. Tapi, penting bagi si ibu untuk pastikan jenis kerja dan persekitaran kerja selamat untuk bayi dan juga ibu. Ramai para ibu perlulah memastikan kesihatan dan keselamatan supaya tidak membahayakan keselamatan anak. Jadi, pakar ini nasihatkan ibu-ibu yang hamil sambil bekerja untuk tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini.

PANDUAN UNTUK WANITA HAMIL YANG BERKERJA

Ramai wanita yang bekerja ketika hamil tidak begitu menitikberatkan soal kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Sebagai contoh, mereka menganggap kerjaya sebagai pegawai tadbir yang bekerja di pejabat, tidak mengganggu kehamilan dan kesihatan diri mereka.

Mereka berpendapat dengan menjalani pemeriksaan antenatal secara berkala di klinik kesihatan telah cukup baik bagi memastikan kesihatan dan keselamatan ibu dan bayi sepanjang tempuh kehamilan.

BERI PERHATIAN KEPADA PERKARA YANG KECIL

Mereka lupa bahaya isu kesihatan dan keselamatan tidak semestinya hanya isu-isu berat yang menyebabkan kemudaratan fizikal dan nyawa. Perkara-perkara kecil seperti keletihan mental dan fizikal, pergerakan dan postur, perjalanan dan bunyi bising adalah antara isu keselamatan yang harus diberikan perhatian.

PASTIKAN BEKERJA DI TAHAP YANG SELESA

Nasihat saya bagi wanita yang hamil dan bekerja, agar pastikan bekerja di tahap yang selesa mungkin. Anda boleh cuba :

1.Jika pekerjaan anda begitu memenatkan, berehat sebentar apabila dari memfokuskan suatu pekerjaan selama beberapa minit.

2.Letak kaki di atas jika anda telah lama berdiri, atau berdiri dan berjalan setiap dua jam sekali jika anda telah lama duduk. Ini akan membantu mengurangkan bengkak di kaki dan buku lali, dan membuat anda berasa lebih selesa. Lakukan beberapa senaman regangan untuk melindungi belakang anda.

3.Pakai pakaian yang selesa, dan longgar yang diperbuat daripada kapas

4.Pakai kasut bertumit rendah dan pastikan kasut anda mempunyai tumit yang tebal.

5.Jika anda bekerja di dalam persekitaran yang berhawa dingin, pastikan membawa selendang dapat membantu menghangatkan badan.

Wanita yang hamil juga harus menjaga pemakanan mereka. Cuba dapatkan masa masa untuk makan dengan lebih kerap. Pastikan makanan yang dimakan mempunyai banyak serat untuk mengelakkan sembelit. Pilih makanan tengah hari yang seimbang dan berkhasiat. Saya cadangkan agar membawa bekalan makanan dari rumah untuk mengelakkan keracunan makanan apabila makan di gerai yang kurang bersih.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Most Popular

To Top