Famili

Turun 9kg Dalam Masa 2 Bulan, 12 Menu Diet Menarik Dari Wanita Ini Anda Kena Cuba

2.8K
SHARES

Salah satu alasan yang selalu digunakan bagi mereka yang hendak menjalani diet yang sihat adalah cepat bosan dengan menu makanan yang sama. Katanya, makanan tidak boleh dipelbagaikan menurut citarasa sendiri dan kurang sedap dari kebiasaan. Namun, berbeza dengan perkongsian dari wanita ini dimana beliau berkongsi pelbagai idea masakan semasa diet dan berjaya turun 9kg dalam masa 2 bulan!

MENARIKNYA MENU DIET INI!

Antara menu breakfast, lunch, dinner sejak hampir 2 bulan lalu. Kebanyakan grill, rebus. Cuba tinggalkan minuman manis, ganti dengan greentea, skip fast food n processed food, 9kg turun dalam masa sebulan lebih. Masak senang, tapi kena masak lauk lain untuk orang rumah.

1. Ubi bit & keledek rebus, bayam celur, lobak, brokoli grill, dada ayam salut kari dan garam grill

2. Roti wholemeal celup celur, balance telur goreng tanpa minyak, salad, tomato, capsicum

3. Roti wholemeal, ubi bit grill, salad, tomato, tuna chunks in olive oil.

4. Keledek rebus, bunga kubis, brokoli dan lobak grill dengan bawang putih + bawang merah + lada hitam

5. Ikan bakar blackpaper, nasi beras perang, brokoli sawi tumis bilis, timun

6. Nasi beras perang, ikan singgang, ikan rebus goreng, ikan bilis goreng bawang cili, brokoli, lobak celur

7. 2 roti wholemeal, salad, tomato, telur

8. Bakar dalam oven, dada ayam perap lada hitam, garam, kicap sikit, kentang, lobak, bawang besar

9. Sup sayur spaghetti

10. 2 roti wholemeal bakar, salad, tomato, telur rebus + lada hitam, pisang grill, oren

11. Nasi, singgang ikan, sayur grill atas non stick pan + olive oil, bawang putih, bawang merah, lada hitam

12. Wajib minum 2-3 kali sehari ganti ketagih air manis.

Jom cuba!

Sumber : Nurul Aisya Almi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×