Inspirasi

Tolong Lindungkan Cahaya Matahari Untuk Makcik, Sikap Prihatin Wanita Ini Raih Pujian

20
SHARES

Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang agama, kaum serta budaya yang terkenal dengan sikap pemurah dan bersopan santun. Kesibukan hidup dan situasi genting yang melanda tidak menghalang kita untuk bersikap prihatin terhadap nasib orang lain. Kelakuan terpuji seperti mengizinkan dan mendahulukan orang lebih tua atau ibu dengan anak kecil memotong barisan, memberikan tempat duduk, membantu membawakan barang dan sebagainya masih sinonim dalam kalangan kita.

Apa yang menarik perhatian masyarakat hari ini adalah perkongsian seorang pengguna Facebook berkenaan penghargaannya terhadap bantuan yang diterima neneknya daripada individu tidak dikenali.

Dalam perkongsian tersebut, seorang wanita bernama Privitha Maimaran menyatakan ucapan terima kasih bagi pihak nenek dan juga keluarganya terhadap seorang wanita Melayu yang telah sudi melindungi neneknya dari silau dan panas matahari menggunakan fail.

Wanita Melayu itu membantu menghalang cahaya matahari daripada terkena muka dan kepala warga emas berkenaan yang ketika itu sedang beratur menunggu giliran untuk memasuki sebuah bank. Privitha menjelaskan alasan dia berkongsikan situasi tersebut adalah atas rasa kagumnya kerana masih terdapat insan yang tidak membezakan kaum dan menghormati warga tua daripada kaum lain.

Kisah mengenai neneknya yang ketika itu beratur bagi mengeluarkan duit pencen di sebuah cawangan Maybank Ipoh Menglembu telah mencecah 27000 perkongsian dan meraih perhatian masyarakat yang kagum dengan tindakan wanita tersebut atas keprihatinannya dan memuji penghargaan Privitha kepada wanita tidak dikenali tersebut.

Semoga sikap tolong menolong dan saling menghargai seperti ini sentiasa subur dalam diri setiap individu.

Sumber: Privitha Maimaran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×