Famili

Tips Nak Jana Beratus Ribu? Ikuti Kebaikan Compound Interest Yang Ramai Tak Tahu!

566
SHARES

Admin percaya, kebanyakan orang mesti ada matlamat kewangan yang ingin mereka capai di masa hadapan kan? Sama ada ingin menabung untuk persaraan, membeli rumah atau menghantar anak-anak ke universiti. Semua ini memerlukan simpanan kewangan yang kukuh supaya matlamat ini dapat dicapai.

Sebab itulah kalau anda lihat pada zaman sekarang, dah ramai yang memilih untuk melabur. Mungkin bagi sesetengah orang, rancangan pelaburan ini sedikit menakutkan kerana anda perlu menyimpan wang dalam tempoh masa yang lama. Tetapi lebih cepat anda mula melabur walaupun sebahagian kecil setiap bulan, semakin mudah untuk anda mencapai matlamat kewangan anda.

Kalau anda nak tahu, compound interest adalah satu magic dalam dunia kewangan atau pelaburan! Mengapa? Jom kami jelaskan apakah compound interest dan mengapa kita akan mendapat pelbagai manfaat darinya.

MULAKAN SIMPANAN SEAWAL MUNGKIN

Short-Term vs. Long-Term Savings: How to Build Them Both

Compound interest ataupun faedah kompaun adalah tambahan faedah atau keuntungan ke atas modal yang mana jumlah kedua-duanya akan mendapat faedah pada tempoh masa yang kedua dan seterusnya. Lagi lama dan kerap ianya dikompaun, lagi besarlah nilainya di penghujung pelaburan tersebut.

Faedah kompaun dikira bukan pada deposit awal, tetapi pada nilai terkumpul anda. Ini bermaksud, anda akan menjana wang tambahan dengan faedah di atas sumbangan pelaburan anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda menyimpan RM1,000 dan memperoleh faedah 5.0%, maka setelah satu tahun anda akan mendapat RM1,050. Pada tahun berikutnya, anda akan memperoleh faedah, bukan pada RM1,000 tetapi pada RM1,050 dan ini menjadikan aset anda berjumlah RM1,102.50.

Ini bermakna, pada tahun pertama, anda akan medapat faedah bernilai RM50, pada tahun kedua, anda akan memperoleh faedah bernilai RM52.50, pada tahun ketiga anda akan mendapat faedah sebanyak RM55.12 dan lebih banyak faedah yang akan anda dapat pada tahun seterusnya.

Tak kiralah sama ada simpanan sekaligus atau simpanan bulanan, ianya memerlukan masa yang sedikit lama tetapi ia dapat membantu anda mencapat matlamat anda lebih awal. Sebab itulah faedah kompaun ni digelar keajaiban dunia ke 8!

APA YANG BAGUSNYA TENTANG FAEDAH KOMPAUN NI?

Duit, Wang & Ringgit

Faedah kompaun adalah sama rata

Apa yang menarik tentang faedah kompaun ini adalah, ia adalah sama rata kepada semua orang, tak kisahlah sama ada anda dari golongan Bumiputera atau bukan Bumiputera. Cuma yang membezakan adalah masa.

Kekalkan momentum 

Dari sekecil-sekecil nilai, anda mampu memperolehi nilai yang sangat besar! Ini bermaksud, sekiranya anda mula menyimpan dengan nilai yang kecil tetapi berkala dan berdisiplin, siapa tahu anda mampu menjana sehingga ratusan ribu ringgit nanti! Jadi, simpanlah walaupun sedikit setiap bulan dan tunggu saja keajaiban faedah kompaun bekerja untuk anda.

Melatih diri untuk bersabar

Perkara yang paling penting bila menyimpan dengan kaedah faedah kompaun adalah sabar! Ini adalah kerana anda tidak akan dapat hasil dalam jangka masa yang pendek. Tapi, percayalah, pejam celik pejam celik, anda sendiri tak akan menyangka jumlah simpanan anda dah mencapai matlamat kewangan yang anda inginkan.

LEBIH BANYAK KEUNTUNGAN DENGAN MENYIMPAN DALAM SSPN-i PLUS!

Bagi anda atau anak-anak anda yang membuat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mesti anda tak asing lagi dengan SSPN-i Plus kan? SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Bukan hanya menguntungkan, tapi dengan simpanan di SSPN-i Plus, anda dah boleh tarik nafas lega bila masa depan anak-anak dah terjamin. Nanti, bila mereka nak sambung belajar ke universiti tak perlulah sampai kena korek tabung atau jual aset yang anda ada. Lagi bagus kalau anda mulakan simpanan sejak dari kecil ataupun sejak anak anda berumur satu hari!

Yang lebih penting, SSPN-i Plus memberikan kadar dividen sehingga 4% yang konsisten hampir setiap tahun dan sehingga Jun 2020, sebanyak 536,907 akaun baharu telah dibuka. Jadi, jom daftar akaun SSPN-i Plus anda hari ini untuk menikmati pelbagai faedah dan manfaat takaful di samping memupuk amalan menyimpan demi pendidikan masa depan yang gemilang untuk anak-anak anda!

SIMPANLAH DI SSPN-i PLUS UNTUK JAMINAN MASA DEPAN & MENANGI HADIAH BERNILAI SEHINGGA RM1 JUTA!

Berita baik untuk anda semua, SSPN-i Plus kini mengadakan promosi Cabutan WOW! SSPN-i Plus kepada pendeposit SSPN-i Plus sedia ada dan baharu dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM1 juta! Wow!

Kalau anda nak tahu, Cabutan WOW! SSPN-i Plus ini diadakan setiap tahun dengan tujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan penabungan di samping menghargai kesetiaan pendeposit yang konsisten membuat simpanan dalam SSPN-i Plus dan juga kepada pendeposit baharu SSPN-i Plus. 

MENANGI WANG TUNAI LUMAYAN SETIAP BULAN!

Mesti anda nak tahu antara hadiah yang ditawarkan kan? Bagi Cabutan Bulanan WOW! SSPN-i Plus 2020, mulai Julai hingga Disember 2020, seramai 20 orang pendeposit akan dipilih setiap bulan untuk memenangi hadiah tunai bernilai RM2,020.

Manakala bagi Cabutan Tahunan WOW! SSPN-i Plus 2020 pula, seramai 3 orang pendeposit akan dipilih untuk memenangi hadiah utama, kedua, ketiga dan 1000 orang pendeposit akan dipilih untuk memenangi hadiah saguhati.

Hadiah Utama ( 1 pemenang)

Kereta Mercedes C200 FL AMG LINE

Hadiah Kedua (1 pemenang)

Wang Tunai bernilai RM50,000

Hadiah Ketiga (1 pemenang)

Wang Tunai bernilai RM30,000

Saguhati (1000 pemenang)

Wang Tunai bernilai RM500

Tempoh promosi Cabutan WOW! SSPN-i Plus ini akan berlangsung bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2020 bagi Cabutan Bulanan manakala bagi Cabutan Tahunan pula bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2020.

JADI, APA TUNGGU LAGI. JOM SIMPAN SEKARANG!

Simpanlah dalam SSPN-i Plus untuk terus menikmati pelbagai manfaat dan perlindungan takaful serta hadiah lumayan yang ditawarkan.

Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan! #LoveSSPN #StaySafe

Untuk sebarang maklumat lanjut berserta terma dan syarat, klik di sini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×