“Tengoklah tu, comelnya baby kembar tu duduk dalam stroller. Dahlah muka seiras, susah pulak tu nak cari perbezaan, pakai baju pun sama warna. Geramnya la macam nak cubit-cubit je. Alahai best nya kalau dapat hamil anak kembar macam ni. Sekali bersalin, ha keluar dua terus!”
Biasanya kembar yang sering kita jumpa adalah kembar sama jantina dan muka seiras. Namun, ada juga kembar sama jantina tapi tidak seiras tapi lebih rare, kembar sepasang lelaki dan perempuan.
Bolehkah Semua Wanita Hamil Anak Kembar?
Bukan mudah untuk mendapat kembar kecuali mereka yang mempunyai sejarah kembar dalam keturunan. Mereka yang mengambil ubat kesuburan atau sedang menjalani rawatan IVF juga berpeluang mengandung lebih daripada satu .
“Habis tu, kalau yang tiada keturunan kembar, memang takkan dapat hamil anak kembarkah?”
Jangan putus asa. Sebenarnya, semua wanita berpotensi untuk mengandung kembar. Ia tidak bergantung kepada genetik semata-mata. Macam tak percaya kan?
7 Cara Hamil Anak Kembar
Jika anda teringin hamil anak kembar, anda disarankan:
1. Ambil Suplemen Asid Folik
Terdapat kajian yang mengatakan wanita yang merancang untuk mengandung dan mengambil asid folik mempunyai peluang 40% untuk mengandung kembar.
Suplemen asik folik ini biasanya akan dibekalkan oleh klinik kesihatan ibu dan anak semasa anda membuat pemeriksaan bulanan.
2. Jangan Terlalu Kurus
Dalam isu Obstetrics & Gynecology Mac 2005, didapati wanita yang mempunyai berat berlebihan mempunyai peluang untuk mengandung kembar.
Menurut kajian tersebut, wanita yang mempunyai BMI (‘body mass index’) 30 dan ke atas mempunyai kelebihan untuk hamil anak kembar.
Benar atau kebetulan? Apapun, kalau ingin tambah berat badan jangan sampai membahayakan kesihatan ya.
3. Makan Produk Tenusu
Wanita yang makan banyak produk tenusu dipercayai mempunyai lima kali ganda peluang untuk hamil anak kembar!
Ini kerana produk tenusu mengandungi ‘Insulin-like Growth Factor’ yang membantu peluang mendapat anak lebih daripada satu.
Produk tenusu selain susu segar termasuklah keju, yogurt, dan paling sedap – aiskrim!
4. Makan Ubi Kayu
Ia meningkatkan ‘hyperovulation’ dan peluang untuk mendapatkan anak kembar.
Bukan susah sangat nak dapat ubi kayu di negara kita kan? Rugi kalau tak cuba!
5. Makan Pil Magnesium Bersama Kalsium
Jika ingin dapatkan kembar perempuan, elok amalkan makan pil magnesium bersama kalsium.
Kedua-dua jenis nutrisi ini amat penting dalam memastikan tubuh badan berupaya untuk membina keperluan secukupnya bagi mendapatkan anak kembar.
6. Ambil Pil Perancang Selama Enam Bulan
Ambil pil perancang dan gunakan sekitar enam bulan kemudian berhenti.
Hormon biasanya akan meningkat kerana perubahan badan selepas pengambilan pil perancang. Masa inilah juga telur akan keluar lebih daripada satu dan peluang untuk mendapatkan kembar tinggi.
7. Menjalani Rawatan Kesuburan
Mengambil ubat kesuburan juga meningkatkan peluang mengandung kembar, tapi pastikan dengan merujuk pada doktor dahulu.
Kini, terdapat banyak rawatan kesuburan yang boleh dijalankan di klinik swasta mahupun kerajaan. Pilih yang paling sesuai dengan keadaan dan keperluan tubuh badan anda.
Rezeki Anak Kembar Tetap Di Tangan Tuhan, Ikhtiar Tugas Manusia!
Sebagai manusia, kita boleh merancang dan berusaha. Kemudian, serahkan padaNya.
Jika sudah mencuba namun tidak berhasil mendapatkan anak kembar, bersyukurlah dengan rezeki yang diberikan. Mudah-mudahan ada rezeki di kemudian hari!