DIY & Kraf

Tips Berkesan Bersihkan Rumah, Lantai Karat & Cermin Berkulat Sampai Semua Berkilat!

6K
SHARES

Rumah yang bersih menjanjikan ketenangan, memang wajib untuk kita pastikan segenap rumah dalam keadaan yang kemas dan selamat. Kesukaran membersihkan kotoran degil dan habuk yang tebal menjadi masalah buat suri rumah dan juga golongan bujang apabila mengemas rumah. Haa, tak perlu risau lagi kerana masalah tersebut sebenarnya boleh diatasi dengan adanya pelbagai alatan dan pencuci yang semakin banyak di pasaran untuk memudahkan proses pembersihan seperti yang telah dikongsikan oleh Haryati Hossen menerusi Facebooknya.

1. PERMUKAAN BERHABUK

Permukaan berhabuk. Lap dgn kitchen / microwave wipes dulu.
Tips : Stok makanan kering dlm kc elok simpan dlm storage yang bertutup (untuk elak semut atau haiwan lain). Bersihkan dengan magic sponge dan lap dengan kain microfiber.

2. PERMUKAAN BERKARAT

Permukaan berkarat + berkulat. Taburkan Zip + stain remover, biarkan dalam beberapa minit. Yang ni saya guna waterjet jadi spray terus, tak tunggu pun.
Tips : Periksa bahagian ini sekurang-kurangnya 2 minggu sekali untuk tengok ada tak najis haiwan perosak / habuk / kulat. Lap saja dengan air paip pun dah memadai.

3. PERMUKAAN CERMIN BERKULAT

Tips : Masa cuci sinki, lap sekali bahagian tingkap.
Lap dengan kain dan air paip je pun dah cukup bersih.
Spray dgn clorox mold remover, sental dengan span kasar, lap dengan kain microfiber.
Tips : Lap dgn span + sunlight / wet wipes Vinda pada permukaan dapur gas + dinding setiap kali lepas masak. Lepas tu lap dgn kain basah. Last sekali lap dgn kitchen towel.
Jangan lap direct percikan minyak / sambal dengan kain nanti kain jadi sangat kotor. Boleh lap direct dgn kitchen towel / wet wipes.

5. BERSIHKAN TANDAS

Tips : Spray Clorox Molder Remover dalam toilet bowl 2 kali seminggu. Tak perlu berus pun takpe, flush terus pun boleh. Serbuk Zip + spray clorox.

6. PERMUKAAN DINDING TANDAS

Sental dengan berus kecik + magic sponge + span kasar.
Tips : Standby magic sponge dlm toilet, amik masa beberapa minit utk lap manja-manja dinding toilet 2-3 hari sekali. Kalau nak tunggu keladak berkumpul sampai berminggu-minggu, memang jenuh nak bersihkan.

7. ALMARI

Lap dengan magic sponge + zip cream. Boleh juga lap dgn kitchen wipes. Keluarkan drawer satu-persatu.

8. SUIS BERKELADAK

Tips : Tangan kena sentiasa bersih sebelum tekan suis. Standby wet wipes / hand sanitizer dalam kereta / handbag untuk bersihkan tangan. Magic sponge + air. Tak perlu sental terlalu kuat, guna tenaga biasa-biasa saja.

9. LANTAI

Basahkan kain microfiber. Tuang floor cleaner dan lap. Lepastu lap lagi sekali dgn air paip.
Tips : Kain tu memang kena bilas dgn air bersih tiap kali nak lap. Saya rasa saya bilas setiap 2 lane tiles tu prefer air direct dari paip (bukan dlm baldi) sebab lebih bersih bila bilas kain tu.

10. PINTU

Selepas dilap dgn magic sponge + zip cream cleanser
Pintu ni ada macam-macam kekotoran – kesan tangan yang kotor, taik cicak, habuk, etc.

11. DAPUR MASAK

Oven cleaner untuk sental minyak-minyak yang dah keras. Nak lagi cepat, kikis dengan scraper. Beli di kedai eco (3 RM2.10)

12. TAMBAHAN : PENGURUSAN SAMPAH

1. Beli tong sampah tertutup – untuk elak bau busuk.

2. Jangan beli tong sampah besar – untuk elak kita penuhkan tong tu sampai berhari-hari.

3. Plastik sampah – beli yg ngam-ngam saiz tong untuk elak sampah melimpah keluar. Bonus untuk yg ada bau wangi.

4. Penapis makanan – tapis dulu sisa makanan sebelum buang ke dlm tong. Lebih baik buang dlm plastik kecik dulu – ikat – baru buang.

5. Cuci tong sampah anda.

6. Buang sampah (ke tong di luar rumah) setiap hari. Masukkan dalam plastik mydin / tesco pulak takut ada bocor.

7. Asingkan sampah pampers, sisa makanan, kertas / plastik, etc.

ANTARA YANG BERKESAN UNTUK PROSES PEMBERSIHAN

1.  Clorox : Beli kat Econsave, harga bawah RM10 kot.

2. Dettol : Antibacterial spray untuk tempat yang kerap dipegang – tombol pintu, handle fridge, tong sampah, etc.

3. Magic sponge : Beli kat kedai Eco / Mr.DIY / Daiso. Shopee pun ada.

4. Zip : Utk lantai / lubang toilet. Belum pernah try sental kuali, untuk kuali saya guna sabun mandi je

5. Oven cleaner : Beli di kedai Eco. Saya beli untuk bersihkan coil air fryer.

6. Stain remover : Untuk kotoran degil / karat. Agak kuat kesan dia, boleh rosakkan certain tiles & sinki. Pakai sarung tangan masa nak tuang.

7. Zip cream cleanser : untuk permukaan jubin / etc.

8. Kain microfiber : cepat serap & cepat kering.

9. Kain buruk (disposable rags) boleh hilangkan kotoran minyak pada bekas plastik + pencuci basuh pinggan

Sumber: Haryati Hossen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×