“Comelnya baby, nak cium!”
Ehh tunggu dahulu! Ini adalah antara beberapa perkara yang anda tidak perlu buat semasa melawat bayi. Dalam kegembiraan dan keterujaan melihat si kecil, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika melawat demi menjaga kesihatan bayi. Tambah pula bila dalam musim pandemik Covid-19, memang ibu bapa perlu berjaga-jaga dalam soal menyentuh bayi yang baru lahir.
BILA MELAWAT BAYI, INI APA YANG ANDA TAK PERLU BUAT
Ini merupakan antara beberapa pengalaman yang dikongsikan oleh seorang doktor di bahagian wad bayi. Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai antara beberapa perkara yang anda tidak perlu lakukan semasa melawat bayi di hospital mahupun di rumah.
Bukan sahaja doktor malah ada juga ibu bapa yang tidak gemar orang luar menyentuh dan mencium bayi mereka tanpa izin. Bukan itu sahaja, dalam keadaan kita menghadapi pandemik kini pastinya ibu bapa akan lebih berjaga-jaga bukan?
TAK PAYAH NAK KONGSI TIPS PELIK-PELIK
Biasala, bila ada yang sudah mempunyai pengalaman terlebih dahulu mula lah mahu berkongsikan segala tips-tips yang diamalkan. Bukan tidak boleh, tetapi penting untuk si ibu dapatkan sokongan dari segi moral dan mental dahulu ya.
Paling penting adalah, jangan dedahkan bayi kepada perokok!
Sumber: Dr. Redza Zainol