Famili

TERKINI: PICKids Dibuka Selama 5 Hari Bermula 20 Sehingga 25 Jun

24
SHARES

Seperti mana kita tahu sebelum ini Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) sudah ditamatkan dan terbaharu, PICKids akan dibuka semula selama lima hari bermula 20 Jun sehingga 24 Jun.

Tujuan pembukaan untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun dan bersempena Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2022.

Baca juga: Tiada Lagi Vaksin Percuma Untuk Kanak-Kanak 5-11 Tahun Selepas 15 Mei

PICKIDS DIBUKA SELAMA 5 HARI BERMULA 20 SEHINGGA 25 JUN

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pembukaan vaskinasi ini adalah bagi meraikan ibu bapa yang kini berhasrat mendapatkan vaksin Covid-19 bagi anak-anak yang terlepas peluang sebelum ini dan keprihatinan Kementerian Kesihatan (KKM) atas keselamatan kanak-kanak daripada penyakit cegahan vaksin, lapor Bernama.

Dr Noor Azmi berkata, ibu bapa yang berhasrat mendapatkan vaksinasi itu boleh mendapatkan vaksinasi tanpa janji temu di klinik kesihatan di bawah KKM bermula esok hingga Jumaat.

Beliau berkata, pemberian vaksin itu adalah berdasarkan kepada stok vaksin di sesebuah fasiliti pada hari berkenaan dan sekiranya stok untuk hari tersebut habis, ibu bapa boleh membawa anak mereka pada keesokan harinya.

Dr Noor Azmi berkata, ibu bapa yang baru mengetahui mengenai vaksinasi Covid-19 atau baru membuat keputusan membenarkan anak divaksinasi digalakkan mengambil peluang.

Beliau berkata, bagi kanak-kanak yang akan mencapai usia lima tahun, ibu bapa masih boleh membuat tempahan janji temu vaksinasi mengikut tarikh dan tempat vaksinasi pilihan melalui aplikasi MySejahtera.

Sumber: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×