Famili

[TERKINI] Guna Sistem Penggiliran, Hanya 50% Murid Hadir Ke Sekolah – KPM

769
SHARES

Umum mengetahui sejak berlakunya peningkatan kes Covid-19, banyak sektor ekonomi telah ditutup dan ini juga termasuklah sekolah. Hal ini kerana risiko jangkitan berlaku di kawasan sekolah adalah tinggi kerana tahap kepatuhan SOP dalam kalangan kanak-kanak adalah kurang meyakinkan.

Bukan itu sahaja, negara kita telah melalui beberapa fasa dimana sekejap sekolah dibuka dan kemudian disambung pula dengan pembelajaran secara di rumah iaitu PDPR. Memandangkan Kementerian Pendidikan telah mengumumkan bahawa sekolah akan dibuka mulai 3 Oktober nanti, ramai mak ayah yang sudah gusar kerana kes Covid-19 masih tinggi!

Baca juga: Vaksin Remaja Bawah 17 Tahun Serentak Dengan Pembukaan Sekolah

HANYA 50% MURID HADIR KE SEKOLAH

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi sidang media khas pengoperasian sekolah secara bersemuka pada hari ini akan dibuka secara berperingkat mengikut Fasa PPN setiap negeri bermula 3 Oktober. Bukan itu sahaja, sesi persekolahan kali ini juga adalah secara penggiliran.

sekolah 2021

Kehadiran murid ke sekolah kali ini dilakukan seperti berikut:

1.PENGGILIRAN MINGGUAN: 50% daripada enrolmen keseluruhan. Murid dibahagi kepada dua kumpulan dan kapasiti kelas dihadkan kepada 50%. Pembahagian dilakukan kepada semua kelas.

Ini boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan wabak dalam masa yang sama anak-anak dapat kembali belajar di sekolah dalam pematuhan SOP yang ketat.

PDPR kali ini akan berbeza apabila guru akan mengajar murid di sekolah dan ada juga di rumah. Ini apabila guru akan menyediakan murid yang akan masuk ke sekolah pada minggu seterusnya. Guru akan memberi panduan terlebih dahulu kepada murid sebelum masuk ke kelas dan di rumah.

Terdapat juga pengecualian kehadiran 50% bagi sistem ini terpakai kepada:

1.Murid sekolah berkeperluan khas

2.Murid Tingkatan 6 Semester 2

3.Murid di sekolah asrama penuh

4.Murid kelas peperiksaan antarabangsa

5.Murid prasekolaj/ tadika swasta/ pusat perkembangan minda (4-6 tahun)

6.Sekolah yang mempunyai murid kurang dari 150 murid.

Pelanjutan sesi persekolahan tahun 2021 juga dilanjutkan sehingga Mac 2022 apabila, murid akan berada di tahun dan kelas yang sama sehingga Mac 2022.

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×