Riadah/Relax

Bukan Sekadar Taman Tema, Ini 5 Tempat Menarik Yang Anda Wajib Singgah di Genting Highland!

791
SHARES
tempat menarik genting

Tempat Menarik di Genting Highland Selain Taman Tema 

Anda merancang nak ke Genting Highland? Kawasan tanah tinggi ini memang cukup popular sebagai lokasi kasino serta indoor theme parknya yang cukup luas.

Selain dua tarikan utama yang menjadi trademark Genting Highland, sebenarnya banyak lagi tempat menarik di sini untuk anda kunjungi bersama seisi keluarga!

Jom kita semak tempat menarik di Genting Highland yang wajib anda singgah.

1. Genting Strawberry Leisure Farms

Haa jangan tak tahu dekat Genting Highlands pun ada strawberry farm tau! Tak payah nak bersesak dekat Cameron Highland saja lepas ni semata-mata untuk ke ladang strawberi! Mula dibuka semula pada orang ramai sejak Oktober, pengunjung berpeluang untuk memetik sendiri buah strawberi segar di sini.

Benih strawberi di sini diimport khas dari California tau! Nak bergambar dekat sini pun cukup cantik sebab ada taman bunga lavendar yang cukup indah!

Alamat : No. 1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya, 69000 Genting Highlands, Pahang

Harga Tiket : Dewasa : RM 15, Kanak-Kanak : RM 10

Waktu Operasi : Setiap hari 9.00 pagi hingga 7.00 malam.

Laman Facebook : Genting Strawberry Leisure Farms

tempat menarik di genting

tempat menarik di genting

2. Happy Bee Farm & Insects

Tempat ni memang cukup menarik untuk anda belajar lebih lagi tentang kitaran hidup serangga dan pembuatan madu.

Tempat ini juga menjadi rumah bagi banyak serangga rare dari serata dunia.

Nak shopping madu lebah asli pun best dekat sini!

Alamat :Lot 6452, Genting View Resorts, KM 11-3, Genting Highlands, Pahang 69000 Bentong, Pahang

Waktu Operasi : Setiap hari 9.00 pagi hingga 8.00 malam

Harga Tiket : Dewasa : RM 16, Kanak-Kanak : RM 12

Laman Facebook : Happy Bee Farm & Insect World 

tempat menarik di genting

3. Ripley’s Adventureland

Pernah tonton Ripley’s Believe It Or Not di kaca TV dulu-dulu? Kini anda boleh lihat sendiri lebih daripada 500 artifak aneh dan pelik di Ripley’s Believe It Or Not Museum yang terletak di Ripley’s Adventureland.

Bukan itu sahaja, Ripley’s Adventureland juga padat dengan pelbagai tarikan seperti Jurassic Research Centre, Jungle Gym dan Infinity Room, dan Zombie Outbreak!

Alamat : Tingkat 4,  Sky Avenue Genting Highland, 69000 Bentong, Pahang,

Waktu Operasi :

Ahad hingga Khamis :10.00 AM – 10.00 PM

Jumaat & Sabtu : 10.00 AM – 11.00 PM

Cuti Umum & Cuti Sekolah : 10.00 AM – 12.00 AM

Harga Tiket : Dewasa & Kanak-Kanak : RM 75.00

Laman Facebook : Ripley’s Adventureland 

tempat menarik di genting

tempat menarik di genting

4. Glamz At Genting

Walaupun Glamz At Genting dikategorikan sebagai tempat penginapan, namun ia pasti memberikan pengalaman menarik untuk glamping di Genting Highland!

Pemandangan di sana memang cukup cantik dengan hutan dan kabus tebal, siap boleh tengok bintang dengan cukup jelas pada waktu malam.

tempat menarik di genting

tempat menarik di genting

Kredit Foto : glamz.com.my

5. Awana SkyWay Gondola Cable Car

Kalau da sampai di puncak Genting Highland, memang rugi kalau tak explore betul-betul pemandangan berkabus di sini.

Apa kata cipta pengalaman menarik dengan menaiki Awana SkyWay Gondola Cable Car untuk nikmati kehijauan hutan dan gunung di sekitar Genting Highland ?

Alamat : Level 4, Awana SkyCentral, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi :

Isnin hingga Khamis : 8.00 pagi – 8.00 malam

Jumaat hingga Ahad : 8.00 pagi – 10.00 malam

tempat menarik di genting

Dah alang-alang sampai ke puncak Genting Highland, memang cukup rugi jika tak pergi ke semua tempat-tempat menarik ini.

Rancanglah percutian anda dengan baik supaya anda dapat bercuti dengan lebih lancar.

Dalam anda berseronok ketika bercuti, jangan lupa untuk kekal menjaga SOP di mana pun anda berada.

Selamat melancong!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×