Percutian

7 Jenis Aktiviti Pelancongan Dibenarkan Di Langkawi Bermula 16 September

16
SHARES

Setelah sekian lama kita ‘dikurung’ di dalam rumah berikutan lonjakan kes wabak Covid-19, kini hampir semua sektor ekonomi dan jenis aktiviti pelancongan sudah dan bakal dibuka bagi merancakkan lagi ekonomi negara. Ini juga termasuk salah sebuah destinasi pelancongan popular negara Pulau Langkawi, yang bersedia menerima kedatangan pelancong apabila pulau peranginan itu dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan, mulai 16 September ini.

Baca juga: 5 Tempat Penginapan Bajet Bawah RM200 Semalam Di Pulau Langkawi

7 JENIS AKTIVITI PELANCONGAN DIBENARKAN DI LANGKAWI BERMULA 16 SEPTEMBER

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib, berkata hampir semua produk pelancongan di pulau itu dijangka dibuka kepada pelancong tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bukan itu sahaja, Kementerian Pelancongan & Kebudayaan juga telah menyenaraikan SOP untuk anda yang ingin melancong ke Pulau Langkawi bermula 16 September ini. Apa yang penting adalah kelonggaran ini adalah terhad kepada individu yang lengkap 2 dos vaksinasi sahaja.

aktiviti pelancongan langkawi

Aktiviti yang dibenarkan:

1.Hotel & Inap Desa

2.Produk Tarikan Utama Pelancongan :Aktiviti pantai, sukan air, memancing, taman rekreasi dan lain-lain

3.Minat khas: Golf, berbasikal, memancing, pelayaran.

4.Eko Geo Kembara

5.Hasil Seni dan Budaya

6.Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga.

7. Lawatan Akademik

Katanya, sebanyak 1,238 pemain industri menyertai kursus itu yang menyaksikan mereka dinilai serta diberikan Sijil Pematuhan SOP COVID-19 yang diiktiraf oleh MKN dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Selain itu, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi.

Oleh itu, pelancong boleh mengenal pasti dan memilih produk pelancongan terdiri daripada hotel, premis perniagaan, makanan, pusat rekreasi atau aktiviti sukan yang diyakini mengamalkan SOP ditetapkan agar mereka berasa selamat daripada sebarang risiko penularan COVID-19.

Pihak LADA menjangkakan kira-kira 5,000 pelancong akan mengunjungi Langkawi setiap hari mulai 16 September ini sama ada melalui perkhidmatan feri di Kuala Kedah di sini dan Kuala Perlis, Perlis atau penerbangan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya Kedah, Mohd Firdaus Ahmad pula berharap pembukaan semula sektor pelancongan Langkawi mampu membawa keluar pulau itu daripada kemelut dan kelesuan industri yang dihadapi sejak hampir dua tahun.

Katanya aspek pematuhan SOP perlu sentiasa dititikberatkan bagi mengelakkan Langkawi menjadi seperti Phuket di Thailand dan Bali di Indonesia yang terlebih dahulu dibuka namun kini terpaksa ditutup kembali susulan penularan COVID-19.

Sumber: Berita Harian, BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×