40 Minggu

Keliru Air Ketuban Pecah Atau ‘Terkencing’. Jangan Panik, Ini 5 Cara Nak Tahu

1.3K
SHARES

“Ish, ni air apa ni? Air ketuban pecah ke? Apa nak buat ni… Macam mana nak tahu tanda pecah ketuban?”

Tak kiralah dalam minggu ke berapa kehamilan, ibu seharusnya sentiasa bersedia dan mengetahui bagaimana nak membezakan jenis cecair yang keluar. Ada yang mengalami keputihan biasa, pendarahan, mucus plug, dan tanda yang paling hampir nak bersalin iaitu pecah air ketuban.

Ramai yang panik dan tersilap membezakan air ketuban dengan air kencing. Dengar macam kelakar, tapi sebenarnya pada minggu-minggu akhir kehamilan, ibu akan mengalami sedikit masalah untuk mengawal pundi kencing. Maka, air kencing mungkin akan meleleh tanpa anda sedari.

Tapi, kalau betul-betul air ketuban pecah dan anda pula berlengah ke hospital, ia boleh memudaratkan bayi dalam kandungan.

jadi, untuk mengetahui tanda pecah ketuban dan cara membezakannya daripada air kencing, ini 5 perkara yang perlu anda fahamkan.

5 Tanda Air Ketuban Pecah Yang Ibu Mengandung Perlu Tahu. Cepat Ke Hospital!

1. ‘Rasa’ Sesuatu Tiba-tiba Pecah

Tak semua orang akan dapat menyedari tanda pecah ketuban, sebab mungkin pada ketika itu ibu sedang khusyuk membuat kerja, berjalan, atau bercakap dengan orang. Tapi anda akan merasakan sesuatu seperti gelembung yang ‘meletus’ di dalam perut.

Seingat saya, saya hanya melaluinya ketika bersalin anak kedua. Waktu tu hampir tengah malam, suasana senyap sunyi dan saya tengah cuba untuk tidur. Tiba-tiba terdengar bunyi ‘tus’, dan dalam beberapa saat saja katil mula terasa basah dan panas!

2. Airnya Banyak

Berbanding air kencing, air ketuban ini biasanya akan keluar dalam kuantiti yang banyak, agak deras dan mengalir dengan laju. Ia akan makin keluar lagi apabila kita bergerak.

Ini adalah tanda bersalin yang sangat hampir dan anda dah patut bersegera ke bilik bersalin.

tanda habis haid wanita

Foto Kredit: ovguide.com

3. Ciri Air Ketuban

Sesetengah wanita akan mengalami tanda pecah ketuban ini tidak secara drastik, sebaliknya perlahan-lahan.

Titisan air ketuban yang keluar dari vagina terasa hangat dan turun ke kaki. Ada juga yang ingatkan pecahnya air ketuban seperti peluh yang menitis.

Untuk memastikan sama ada ianya air ketuban atau bukan, berikut adalah beberapa ciri umumnya yang perlu anda tahu:

  • Berwarna jernih – Air ketuban berwarna jernih dan kadang-kadang disertai dengan flek berwarna putih atau sedikit darah. Tidak seperti air kencing yang warnanya kekuning-kuningan.
  • Cair – Lelehan air ketuban adalah lebih cair dan ia tidak melekit seperti lendir. Sesetengah ibu akan mendapati keluarnya lendiran mucus plug apabila serviks mula membuka lebih lebar sebelum mengalami pecah ketuban.
  • Tidak berbau – Air kencing mempunyai bau hancing manakala air ketuban biasanya tidak berbau. Ada juga yang mengatakan ia memiliki bau yang agak harum.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah ibu hamil mempunyai air ketuban yang sedikit keruh dan berwarna dengan bau yang hanyir. Jika ini berlaku, ia perlu segera dirujuk kepada doktor.

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

4. Sakitkah Masa Air Ketuban Pecah?

Pada awal saat air ketuban pecah, ibu tak akan berasa sakit. Cumanya anda mungkin sedikit panik ketika ianya berlaku. Jadi cuba bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Hubungi orang terdekat untuk pastikan anda dibawa bilik bersalin secepatnya.

Selepas beberapa ketika, perlahan-lahan ibu akan merasa adanya tekanan pada bahagian bawah perut.

proses bersalin

Foto Kredit: nymag.com

5. Bermulanya Kontraksi

Apabila terjadinya tekanan pada bahagian bawah perut, ia menandakan fasa bersalin sudah bermula. Pada ketika ini, ibu akan merasakan adanya kontraksi yang datang secara terus menerus. Kontraksi inilah yang sakit!

Tapi yang seronoknya, anda bakal menemui bayi anda dalam sedikit masa lagi. Bersabarlah ya!

Foto Kredit: shutterstock.com

Kenapa Kadangkala Air Ketuban Dipecahkan Oleh Doktor?

Ada sesetengah ibu tak pernah melalui pengalaman air ketuban pecah dengan sendirinya. Ini kerana, dalam sesetengah kes, air ketuban akan dipecahkan oleh doktor bagi membantu mempercepatkan kelahiran atau untuk melihat sama ada bayi telah membuang najis dalam perut.

Menurut Medical Mythbuster Malaysia, secara umumnya, jika wanita dan kandungannya tidak mempunyai apa-apa masalah, memang tidak ada keperluan untuk memecahkan air ketubannya. Keperluan untuk melakukan prosedur Amniotomy atau ARM (pecah air ketuban) adalah untuk wanita yang berisiko  atau untuk wanita yang mengalami ‘poor progress’ iaitu kelewatan untuk jalan lahir membuka.

Foto Kredit: Doctors’ Circle

Segera Ke Hospital

Air ketuban merupakan kantung atau membran yang berisi cairan penting yang mengelilingi bayi di dalam rahim. Air ketuban inilah yang berfungsi menjaga, melindungi, memberi ruang kepada bayi untuk gerak, serta mencegah jangkitan yang berisiko masuk melalui vagina ibu. Sebab itulah ibu perlu bersegera ke hospital sekiranya mengesyaki air ketuban ‘bocor’ sebelum tarikh jangkaan bersalin.

Dengan maklumat ini, diharapkan dapat membantu ibu-ibu mengenal pasti ciri-ciri air ketuban supaya anda mampu bertindak sewajarnya dan tidak panik menjelang hari bersalin nanti.

Apapun, kalau ibu tak tahu nak pastikan dan rasa tak sedap hati, dapatkanlah kepastian daripada doktor ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×