Advertorial

Tak Boleh Keluar? Ini Platform Beli Rumah Secara Online Siap Ada Ganjaran & Lagi Jimat Tau!

4.6K
SHARES

Pada 25 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan tempoh bagi Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Pengumuman terbaru ini nampaknya sedikit sebanyak mula buat ramai susah hati.

Mana tidaknya, boleh dikatakan banyak urusan penting tergendala kerana terpaksa ‘berkurung’ di rumah. Kami juga yakin, anda yang dah lama merancang nak beli rumah idaman pun terpaksa tangguhkan dulu hasrat tu. Tapi, tunggu dulu kerana Gamuda Land ada penyelesaiannya!

Gamuda Land sedia platform beli rumah secara online

Tak kiralah anda baru berangan-angan atau dah lama merancang untuk beli rumah, kami rasa lepas baca artikel ni anda boleh menarik nafas lega sebab Gamuda Land ada berita gembira untuk rakyat Malaysia.

Bermula 24 Mac hingga 24 April 2020, platform atas talian Online Property Deals daripada Gamuda Land menawarkan lebih banyak ganjaran dan penjimatan kepada mereka yang membuat tempahan atau pembelian rumah secara atas talian.

Lebih mudah, cepat dan jimat!

Memahami situasi dan keperluan semasa, Gamuda Land antara pemaju hartanah yang tampil dengan alternatif pintar bagi memudahkan pelanggan mereka untuk membeli rumah siap atau menempah rumah yang masih dalam proses pembinaan.

Apa yang menariknya melalui platform ini, anda boleh tengok semua gambar rumah idaman pada bila-bila masa 24 jam sehari dengan lebih selesa dan selamat di rumah. Paling penting, berurusan secara online ni lagi cepat dan senang!

Setakat ini, ada lebih kurang 70 orang pegawai perhubungan pelanggan yang sedia menjawab pertanyaan anda tentang harga, pakej yang ditawarkan, rundingan kewangan, tempahan dan banyak lagilah secara atas talian atau melalui WhatsApp.

Banyak ganjaran hebat menanti!

Ya, inilah masa terbaik untuk anda rebut peluang nikmati pelbagai tawaran eksklusif dan ganjaran hebat daripada Gamuda Land. Tawaran terhad ini termasuklah pakej renovasi rumah, peluang untuk beli hartanah terbaik, telefon pintar, televisyen Smart UHD dan banyak lagi ganjaran menarik untuk anda.

Dan jangan lepaskan peluang untuk follow Facebook Gamuda Land sebab ada macam-macam tawaran hebat sempena Online Property Deals yang sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Pendek kata, sekarang ni duduk rumah pun boleh untung sakan tau!

Pilihan kediaman terbaik untuk anda

Gamuda Land menyediakan pelbagai pilihan perumahan terbaik bermula dari servis apartment hinggalah ke kategori rumah atas tanah (landed homes). Apa yang pasti, ia mampu memenuhi citarasa anda tak kiralah bagi yang masih bujang, baru berumah tangga atau sudah berkeluarga.

Berdasarkan pemerhatian kami, kesemua projek perumahan Gamuda Land boleh dikatakan berada di lokasi strategik dan persekitaran kediamannya pun cukup memukau. Kalau dah tak sabar nak pilih rumah mana yang menambat hati, kami sarankan anda buat survey dulu dekat sini.

  • Gamuda Cove, Lembah Klang Selatan
  • Gamuda Gardens, Sungai Buloh
  • twentyfive.7, Kota Kemuning
  • Kundang Estates, Sungai Buloh
  • Jade Hills, Kajang
  • HighPark Suites, Petaling Jaya
  • The Robertson, Kuala Lumpur
  • Horizon Hills, Iskandar Puteri, Johor
  • Bukit Bantayan Residences, Kota Kinabalu, Sabah.

Siapa cepat dia dapat!

Kesemua tawaran Online Property Deals ini termasuklah ganjaran dan pilihan rumah yang ditawarkan oleh Gamuda Land adalah terhad. Jadi, anda kena cepat-cepat buat pilihan dan terus lock rumah dengan kadar segera sebelum terlambat.

Ingat, sentiasa amalkan langkah pencegahan dan jangan keluar rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan walaupun nak survey rumah. Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang Gamuda Land Online Property Deals atau hubungi talian 018 980 1888 hari ini juga!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×