Famili

Simpati Nasib Rakyat Palestin, Media Prima Aktifkan Tabung Kemanusiaan Palestin

19
SHARES
Tabung Kemanusiaan Palestin

Media Prima mengaktifkan semula ‘Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima’ bagi membolehkan individu dan organisasi yang prihatin, memberi sumbangan dalam meringankan penderitaan dihadapi oleh orang awam yang terperangkap dalam konflik politik berterusan di Palestin.

Baca juga: OHBULAN! Lancar Kempen ‘Besties, Pape Roger’, Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia!

TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN

Tabung Kemanusiaan Palestin

Susulan krisis kemanusiaan terkini di Palestin, Media Prima berkata, tabung itu bertujuan mengumpul sumbangan orang ramai untuk membiayai aktiviti bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas dalam zon konflik.

“Media Prima amat bersimpati dengan nasib rakyat Palestin. Pengaktifan semula ini bertujuan menggalakkan sumbangan orang ramai kepada tabung bagi menyediakan bantuan kecemasan.

“Bantuan kecemasan antaranya membabitkan bekalan dan perkhidmatan perubatan, bekalan makanan dan keperluan asas kepada komuniti yang terperangkap dalam krisis itu,” katanya menerusi satu kenyataan, baru-baru ini.

Cara membuat sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima

Sumbangan kepada mangsa krisis kemanusiaan di Palestin boleh disalurkan melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima menerusi akaun:

  • Bank Muamalat 1401 0008 8447 15

atau,

  • Maybank 5642 7651 0331

Selain itu, sumbangan dalam bentuk cek boleh dialamatkan kepada:

  • Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 5, Anjung Riong, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Sumber: Berita Harian

FT Image: Media Prima / The Kabul Times

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×