Sihat

Paling Rendah Lemak, Ini Sebab Susu Skim Bagus Untuk Diet

121
SHARES
susu skim untuk diet malaysia

SUSU SKIM & KELEBIHANNYA UNTUK DIET

Susu merupakan antara minuman yang penting dalam diet harian. Ia mengandungi pelbagai khasiat penting untuk tubuh badan seperti kalsium, protein, dan vitamin.

Namun, terdapat pelbagai jenis susu di pasaran termasuklah susu skim yang dikatakan baik untuk diet.

Apakah perbezaannya dengan susu biasa dan apakah kelebihannya berbanding susu lain?

Mari kita kenali susu skim dengan lebih dekat.

susu skim

Apa Itu Susu Skim?

Susu skim ialah susu yang mengandungi kandungan lemak yang sangat rendah.

Susu skim juga berwarna lebih jernih dan tidak sepekat susu full cream.

Antara sebab utama orang memilih susu skim ialah jumlah kalorinya yang rendah berbanding susu lain.

Segelas susu penuh krim mengandungi kira-kira 176 kcal dengan 10 gram lemak manakala susu skim mengandungi 89 ke 118 kcal dengan lemak serendah 0 ke 2 gram.

Susu skim dihasilkan dengan mengasingkan lemak daripada susu.

Selepas pengasingan lemak dilakukan, beberapa khasiat vitamin di dalam susu skim turut terpisah.

Oleh itu beberapa nutrisi vitamin seperti Vitamin A dan D perlu ditambah di dalam susu skim.

Biasanya susu skim menjadi pilihan bagi yang sedang menjaga berat badan.

Susu full cream pula digalakkan untuk diminum oleh kanak-kanak yang sedang membesar kerana kandungan vitamin dan lemak sihatnya yang tinggi.

Jom ketahui lebih lanjut tentang kandungan nutrisi susu skim, susu penuh krim dan susu rendah lemak dengan lebih terperinci.

jenis susu skim

Kelebihan Susu Skim Untuk Diet

Bagi mendapatkan berat badan yang ideal dan kesihatan yang optimum, kita juga mesti fokus untuk mengamalkan pemakanan yang sihat.

Susu skim boleh dikatakan sebagai ‘susu untuk diet’ kerana ia mengandungi rendah kalori. Rasanya pula lebih tawar dan kurang pekat berbanding susu biasa.

Kelebihan utama bagi susu skim ialah kandungan kalorinya yang rendah.

Ini membuatkan susu skim menjadi pilihan bagi orang yang sedang menjaga pemakanan melalui pengambilan kalori.

Susu skim juga mengandungi kandungi protein yang sedikit tinggi berbanding susu biasa.

Perbezaan Susu Skim vs Susu Rendah Lemak (Low Fat) vs Susu Penuh Krim (Full Cream)

Menurut healthline.com, anggaran nutrisi dalam secawan susu (237 ml) adalah seperti berikut :

Jenis Susu / Nutrisi Susu Skim Susu Rendah Lemak Susu Penuh Krim

Jenis Susu / Nutrisi Susu Skim Susu Rendah Lemak Susu Penuh Krim
Kalori 83 102 146
Karbohidrat 12.5 grams 12.7 grams 12.8 grams
Protein 8.3 grams 8.2 grams 7.9 grams
Lemak 0.2 grams 2.4 grams 7.9 grams
Lemak Tepu 0.1 grams 1.5 grams 4.6 grams
Omega-3 2.5 mg 9.8 mg 183 mg
Kalsium 306 mg 290 mg 276 mg
Vitamin D 100 IU 127 IU 97.6 IU

Disebabkan susu skim berkalori rendah, dan kurang berlemak seperti susu biasa, seseorang mungkin cenderung untuk makan berlebihan kerana kurang rasa kenyang selepas minum susu skim.

Susu skim juga tidak sesuai diminum oleh kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah kerana ia kekurangan kandungan lemak dan kalori yang diperlukan bagi membekalkan tenaga buat tubuh dan minda mereka untuk membesar dengan sihat.

Dilihat dari jadual di atas juga, susu skim memiliki kurang zat omega-3 iaitu lemak sihat yang baik untuk kesihatan serta perkembangan minda, mata dan jantung.

Kredit Foto : ndtv.com

Adakah Lemak Dalam Susu Tidak Baik Untuk Kesihatan?

Dalam memilih pemakanan, kita sudah terbiasa untuk mengelak makanan yang mengandungi lemak.

Lemak dalam makanan dan minuman juga cukup ditakuti sesetengah orang kerana dikhuatiri boleh menyebabkan penyakit seperti serangan jantung dan diabetes.

Namun, anda tidak perlu takut lagi dengan kandungan lemak dalam susu.

Kajian terkini yang diterbitkan dari European Journal of Nutrition mendapati orang yang sering mengamalkan diet tinggi lemak tenusu tidak terdedah kepada penyakit kardiovaskular dan kolesterol tinggi.

Penemuan daripada Australian Heart Foundation juga mendapati lemak yang terkandung dalam susu dan produk tenusu lain seperti keju dan yogurt baik untuk diamalkan sebagai snek sihat.

Lemak yang terkandung dalam susu juga didapati dapat mencegah risiko penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Memang tidak dinafikan susu penuh krim baik kerana mengandungi lemak sihat dan omega-3. Namun, anda perlu mengambilnya dalam kadar sederhana kerana kalori dalam susu penuh krim ini yang agak tinggi. Oleh sebab itulah susu skim menjadi pilihan bagi mereka yang ingin berdiet.

KESIMPULAN

Tiada masalah jika anda ingin mula amalkan susu skim bagi mengawal pengambilan kalori.

Namun, memandangkan susu skim kurang kandungan lemak, kita perlulah mengimbangi pengambilan sumber lemak sihat daripada makanan lain seperti ikan, kekacang dan telur.

Selain susu, anda juga perlu mendapatkan khasiat dari makanan lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat sihat.

Jangan lupa juga untuk kekal aktif dengan melakukan senaman secara kerap ok!

Baca juga: Perbezaan 7 Jenis Susu Yang Biasa Kita Jumpa Di Pasaran. Mana Yang Terbaik?

Contoh Jenama Susu Skim Di Malaysia

Antara susu skim yang terkemuka di pasaran Malaysia ialah susu skim berjenama ‘Sunlac’.

Anda juga boleh dapati jenama susu skim lain di laman membeli-belah atas talian seperti di bawah:

susu skim malaysia magnolia

Susu Skim Magnolia

susu devondale skim

Susu Skim Devondale

Susu Skim Zhulian

 

 

 

Sumber rujukan:

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×