Famili

Suka Membeli Belah? Ha, Kalau Ikut Cara Ini, Anda Adalah Pembeli Yang Bijak!

15
SHARES

Ada tak dekat sini suka shopping? Kalau boleh setiap hari tu ada saja barang yang hendak dibeli. Nak-nak lagi kalau nampak barang yang dia suka, confirm tak senang duduk kan!

Tapi, bila fikirkan balik, kita ni kena berjimat jugak, haih…tak dapatlah nak merasa barang yang nak dibeli tu. Dah, jangan risau! Jom kami kongsi dan senaraikan dekat bawah ni cara untuk anda berbelanja dengan bijak.

1. Kaji kualiti barang dahulu sebelum membeli

Kalau anda sejenis kaki shopping, mesti anda akan buat kajian terlebih dahulu sebelum proceed untuk membeli kan? Yelah, setiap barangan yang dibeli itu mesti ada kekurangan dan kelebihan.

Jadi, untuk mengelakkan dari rasa membazir dalam membeli barangan yang tak berkualiti, lebih baik lah anda cek dan survey apa yang patut dulu kan!

2. Guna segala kupon & ganjaran yang ada

Bagi menggalakkan orang ramai untuk berbelanja, sesetengah penjual di pusat membeli belah akan menawarkan baucar kupon dan ganjaran.

Jadi, sebagai pembeli yang bijak, anda perlu tahu bila masa yang sesuai untuk berbelanja dan dapatkan segala baucar yang ada supaya anda dapat berjimat lebih.

3. Beli bila ada happy hour atau promosi & tawaran murah

Yang ni paling best, kalau ada happy hour atau pun tawaran yang murah, memang semua akan berebut kan? Yelah, bukan senang nak dapat tau!

Dapat pula harga yang tak terfikir dek akal, memang akan sapu habis lah! Tapi walau bagaimanapun, masing-masing pun ada cara dan pilihan tersendiri bila nak membeli sesuatu barang ni.

Tapi kalau min lah kan, satu lagi cara min bila berbelanja ni, min akan guna sebaiknya kelebihan yang mereka bagi. Contohnya macam kad keahlian. Ada banyak manfaat tau kalau anda jadi ahli di pusat membeli belah ni. 

Hari Keahlian AEON dah kembali! Ada harga murah & tawaran gila-gila sehingga 80% wehhh!

 Cakap pasal keahlian ni, anda tau tak sekarang dekat AEON tengah ada sale kaw-kaw sempena Hari Keahlian. Dengar cerita siap ada sale Buy1 Free 1, Happy Hour, promosi gila-gila sehingga 80% tau.

Fuhhh! Kualiti barang pun terbaik, mana nak cari promosi macam ni kan! Kalau anda ada kad keahlian boleh lah join, rugi kalau terlepas peluang ni.

Tak ada kad ahli? Tak apa, boleh mula sign up sekarang & berpeluang untuk dapat bantal percuma & manfaat lain dari AEON!

Jangan risau kalau anda belum ada kad keahlian, belum terlambat lagi untuk anda sign up sekarang. Lepas dah join nanti AEON akan bagi baucar RM5 dan bantal percuma untuk anda.

Bila dah jadi ahli, anda berpeluang untuk nikmati diskaun sehingga 80% pada A-Day. Selain itu, anda juga akan dapat mengumpul sehingga 2x mata setiap hari dan 3x mata serta 5% pulangan tunai apabila membayar dengan kad AEON Member Plus atau AEON Wallet pada setiap Khamis. 

Takut shopping lama sangat nanti sebab dah dapat banyak promosi? Tak apa, AEON beri lagi 2 jam tempat letak kenderaan percuma untuk anda. Ha sambil-sambil dah membeli dan membayar guna kad ahli tu nanti, boleh lah anda tebus mata AEON dan dapatkan cash dari mereka. 

Tunggu apa lagi? Jom jimat banyak & bijak berbelanja dengan AEON sekarang!

Bila lagi kan anda nak berbelanja secara murah dan bijak? Jadi, jangan tunggu lama-lama! Boleh hadir ke AEON berdekatan anda untuk dapatkan pelbagai barangan di sana.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai promosi dan diskaun menarik yang lain dari AEON, boleh layari laman web mereka di SINI. Selamat membeli belah semua!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×