Bersalin

Suami Isteri Perlu Tenang Jika Kandungan Bermasalah, Ini Tips Jururawat Untuk Elak Bayi Songsang

711
SHARES

ECV (External Cephalic Version) atau lebih dikenali sebagai songsang adalah satu keadaan di mana semasa proses bersalin, kaki atau punggung bayi dahulu yang akan muncul. Situasi ini agak berlainan dengan proses kelahiran biasa di mana kepala bayi yang sepatutnya muncul dahulu. Apabila berlakunya kelahiran songsang, kadang-kadang doktor akan menjalani pembedahan. Namun, jika situasi mengizinkan, anda tetap akan melahirkan anak dalam keadaan normal.

http://ctworkingmoms.com/

PENGALAMAN BAYI SONGSANG

Baby buat nak gurau dengan ummi abi pula golek jadi songsang. Pengalaman menarik di HSA. Selesai ECV, baby dah tak songsang, kembali normal. Berjaya! Ini antara perkara yang boleh dikongsi :

1. Serius engkau sebagai suami wajib kena tenang. Supaya isteri juga akan tenang. Walau dada berombak dengar baby tiba-tiba songsang masa 39 minggu menyebabkan kena pembedahan jika ECV tidak berjaya. Risiko terbelit dengan tali pusat.

www.pinterest.com

2. Mak abah mentua dalam situasi ini memang hero. Jauh daripada Perlis datang naik bas. Mak sampai jatuh naik tangga bas sebab tak biasa 14 jam perjalanan! Terbayang nanti tua, mesti apa sahaja kita akan buat untuk anak.

3. Kongsikan dengan sahabat dan saudara. Kata-kata mereka memang akan buat kita terharu dan tidak stress. Sahabat-sahabat guru sekolah saya mesej personal bertalu-talu, belum yang dalam group lagi. Satu ayat saya terkesan, “Insyaallah tuan,kuatkan hati..kalau rasa tak boleh datang esok mintak je crk, family comes first. Jangan patah semangat, aku ank 1st dluu pun macam-macam dugaan..org tabah ni Allah bg ujian dulu sebelum datang nikmat. Positif je jangan tension.” Ayat ni buat saya boleh tidur semalam, daripada Tuan Ketua Panitia BM, hehehe..Terima kasih Tn Hj Fir Aziz atas mesej tuan. Ayat tu sedikit pun tak diubah.

sg.theasianparent.com

4. Masa ni dalam rasanya lihat isteri tu sayu je wajahnya di katil kena tinggal seorang diri sebab suami tak boleh teman waktu malam. Tak sayang tak tahulah. Sampai terbayang-bayang wajahnya.

5. Bila bab anak isteri, engkau akan rasa penat dan lapar tu tak ada benda sangat. Boleh tak jumpa nasi seharian pun gagah lagi janji anak isteri selamat.

6. Bila engkau jenis selalu sesat dengan jalan,anggaplah sesat di hospital itu hiburan untuk diri sendiri! Cis, boleh pula salah bangunan.

7. Berurusan dengan manusia berbeza sikap buat kita sedar, penerimaan itu patut kita belajar dan lebih utamakan. Apabila kita menerima dengan sabar, senyum dan memaafkan pasti Tuhan mudahkan jalan seterusnya. Alhamdulillah selepas itu Allah temukan doktor pakar, Dr Adila yang kebetulan sama negeri dengan isteri (Perlis). Beliau yang menjayakan ECV untuk isteri dan baby. Malah beliau juga sudi perkenalkan rakan doktornya di sana jika mahu bersalin di negeri Darul Sunnah.

http://www.dailymail.co.uk/

TIPS ELAK BAYI SONGSANG DARI JURURAWAT

– Untuk elak baby songsang lagi cuba lamakan sedikit sujud. Selain itu, cuba suluh di perut isteri laluannya. Rangsangan cahaya juga bantu baby bertindak balas.

– Elak kaki bengkak, tidur tinggikan bahagian kaki dengan beralaskan bantal. Lakukan seawal mengandung.

– Suami paksalah diri urut kaki dan belakang badan isteri. Saya urut dengan menggunakan minyak zaitun. Hari-hari sapukan di perut juga bantu menghilang kesan ‘strechmark’. Malah, urutan melegakan emosinya. Walau suami letih tahap mengurut sampai terlena

http://mypregnanthealth.com/

– Wajib jangan persenda perubahan-perubahan zahir sama ada bentuk, warna dsb kerana itu menyinggung hati isteri. Perubahan itu biasa dan setiap ibu mengandung berbeza.

– ECV tu apa? Ini penting untuk bantu isteri kita berpeluang bersalin normal. Boleh rujuk video ini

Menunggu hari seterusnya cahaya mata abi ummi. Moga dipermudahkan.

*Diharapkan perkongsian mengenai pengalaman bayi songsang ini dapat membantu ibu-ibu dan para suami di luar sana ya.

Sumber: Aidil Sahipaludin 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×