Famili

Wahai Sang Suami “Jangan Berlagak Bujang Bila Sudah Berkeluarga”

22
SHARES

Kehidupan berumah tangga seharusnya diselaputi dengan sifat bertolak ansur, bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri selain keseronokan dan kebahagiaan yang diinginkan bersama.

Namun, sebaliknya pula yang berlaku. Ada individu yang meletakkan dirinya sebagai orang bujang setelah berkahwin. Habis semuanya terbeban kepada isteri. Anak-anak tak tahu bagaimana untuk diuruskan, kesudahannya isteri juga perlu buat seorang diri.

Baca juga: Peguam Kongsi Cara ‘Ajar’ Jiran Suka Parking Depan Rumah Dari Sudut Undang-Undang

WAHAI SANG SUAMI “JANGAN BERLAGAK BUJANG BILA SUDAH BERKELUARGA”

Jadi, mari ikuti perkongsian nasihat yang diberikan oleh Encik Firdaus Shakirin buat suami-suami berlagak bujang di luar sana.

Bila bawa isteri keluar makan, bila bawa isteri jalan-jalan, kita yang suami ni jangan berlagak “BUJANG”…

Dah cukup baik sebenarnya jikalau kita tu ada kemahuan untuk bawak isteri dan anak-anak keluar makan luar, pergi melancong, jalan-jalan sana sini.

Tapi janganlah biarkan isteri saja yang kena pegang anak, jaga anak, layan anak, suapkan anak… Benda ni memang jadi, selalu sangat nampak.

Ada suami yang bawak isteri makan luar, elok saja si suami habis makan, terus bangun hisap rokok. Isteri tak sempat jamah lagi makanan dia, baru tengah layan anak-anak, suapkan anak-anak pastu suami datang ajak balik dah.

Sudahnya, isteri makan sikit-sikit, jamah ala kadar.

Ada suami yang bawak isteri jalan-jalan, melancong di pusat peranginan… tapi sepanjang melancong tu, suami jalan kat depan, isteri jalan di belakang. Isteri yang jaga anak-anak, isteri yang kawal anak-anak, isteri yang pegang anak2-anak.

Suami melenggang, isteri patah pinggang.

Manfaat tu, dapat kat suami sorang. Suami release tension, suami dapat enjoy dan menikmati suasana tu.

Manakala bagi isteri, dia rasa lebih baik duduk dirumah sebab dia lagi struggle jaga anak-anak bila diluar untuk keadaan yang macam tu.

Isteri tak betul-betul dapat feel bila mana situasi dia diluar dan di dalam rumah tu sama.

Suami perlu main peranan, kalau kita memang nak meraikan isteri. Kalau kita memang nak menggembirakan isteri, maka biar dia makan dan kita layan anak-anak. Bila bercuti kita yang jaga, pegang dan kawal anak-anak.

Kalau kita still letak semuanya pada isteri, maka dia rela lagi duduk di rumah.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang menyokong dan berpendapat sama dengan hasil penulisan ini. Mereka meluahkan perasaan seorang isteri apabila tidak berasa seronok sewaktu pergi bercuti dan menyatakan lebih baik duduk di rumah, diri pun tidak tertekan.

Ada juga yang melihat adegan isteri diperlakukan sedemikian rupa, natijahnya si suami kena marah dengan para lelaki kerana malu dengan sikap kaum sendiri yang mementingkan diri sendiri.

Namun, ramai juga di kalangan isteri yang berasa syukur kerana diberikan seorang suami yang sangat memahami, tidak mementingkan diri sendiri dan menjaga anak-anak serta meletakkan isteri di tempat sebaik-baiknya di hati sang suami.

Tahniah buat sang suami yang berjaya menggembirakan hati isteri anda! Baru hari-hari isteri seronok melayani suami.

Sumber: Facebook Firdaus Shakirin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×