Famili

“Tak Perlu Kecam Suami Isteri Yang Pergi Bercuti Tinggalkan Anak, Barulah Makin Romantik”

15.3K
SHARES

Mempunyai ruang masa bersama suami tanpa anak-anak adalah perkara yang amat disarankan. Tidak semestinya perlu mengambil masa yang lama untuk bercuti, tetapi teknik ini mampu untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri. Mana tidaknya, kalau sepanjang masa hanya fokus kepada anak-anak dan tak ada masa untuk berdua, bagaimana hubungan akan kembali ‘lovey dovey’ seperti dahulu kan?

Ada juga dalam kalangan orang ramai yang tidak bersetuju untuk meninggalkan anak-anak di kampung semata-mata si suami dan isteri mahu pergi bercuti. Ada juga yang berpendapat bahawa teknik ini harus diterapkan dalam pasangan masing-masing.

TAK PERLU KECAM SUAMI ISTERI BERCUTI TANPA ANAK

Tak perlu kecam sangat suami isteri pergi bercuti tinggalkan anak. Dulu saya jenis sukar tinggalkan anak-anak. Kalau boleh nak usung ke mana sahaja. Sehinggalah ada satu ketika ibu bapak saya rajin kidnap anak-anak saya (masa tu saya ada 2 orang anak) balik Kulim untuk spent time bersama mereka.

Saya dan suami?

Ditinggalkan berdua di Klang. Ketika itulah, setiap detail pada suami saya nampak. Belakang tengkuk yang gelap minta discrub. Muka jerawat minta dirawat. Sejuk malam minta diselimut. Kerana sebelum ni saya sibuk uruskan najis, muntah dan daki anak-anak. Sibuk untuk memastikan keselesaan anak-anak.

Kemudian semua berubah bila bapak dan ibu pindah Klang. So, kami jarang “ditinggalkan” berdua. Sehinggalah tahun ke 5 perkahwinan saya rasa “kosong” apabila bersama dengan suami. Senyum dia kurang manisnya. Rajuk dia saya malas nak ambil pusing. Kami mula bergaduh. Selalunya saya yang mulakan. Dia seperti biasa diam dan membawa hati. Semuanya kerana dia sibuk uruskan anak-anak (kerana masa dia lebih dengan anak-anak dan saya ketika itu sibuk bekerja di sebuah syarikat swasta).

SUAMI BUAT KEPUTUSAN DRASTIK PERGI BERCUTI

Kemudian suami buat keputusan drastik. Tinggalkan anak-anak pada ibu bapa saya dan bawa saya ke Pulau Tioman. Berdua. Saya tak nak. Dia insist. Kami ke sana selama 5 hari. 3 hari pertama, saya berkeras membawa haluan sendiri. Saya lebih layan novel dari dia. Saya banyak habiskan masa di telefon bimbit. Ketika itu rasa jauh meskipun tinggal dalam chalet yang sama. Hati lebih teringat pada anak-anak. Sehinggalah….

Suami mengajak pergi snorkeling. 1st event kami berdua di pulau itu. Cuba menjauhkan diri. Masih rasa kosong. Tapi semua berubah bila saya menyelam bersama suami melihat keindahan ciptaan Allah di dasar laut. Ketika itu tidak tahu bagaimana tangan bertaut ketika menyelam. Banyak peristiwa berlaku ketika aktiviti snorkeling. Bagaimana kami dikejar obor-obor besar. Suami malas nak berenang dia hanya paut pada badan sy dan harapkan sy berenang seorang. Sy hanya menyumpah manja sambil tergelak bila rasa dipergunakan .

Dan semua bermula dari Tioman. Saya nampak dia. Saya nampak kasih sayang dia. Dia bukan lelaki romantik. Tetapi lelaki yang baik. U cant have all girls. In order to gain some…u need to lose some. Bermula saat itu….saya ubah DIRI SAYA. Saya kurangkan harapan agar dia berubah menjadi seperti suami kawan2 saya. Dia adalah dia. Dan buat pertama kali selepas 5 tahun berkahwin, saya jatuh cinta semula. Dia menjadi sahabat karib saya sehingga kini. Dan kami pulang ke pangkuan anak-anak, dengan kasih yang lebih utuh.

JANGANLAH RASA BERSALAH TINGGALKAN ANAK…

Itu cerita 5 tahun yg dahulu. Cerita berbeza bila suami mula menginjak 40an dimana lelaki di usia ini memerlukan lebih perhatian dan belaian dari pasangan. So di pertengahan usia 30an, sy kena cerdik dan cerdas membahagi masa anatara anak-anak dan suami. Ketika ini juga saya hamil anak ke 5. Menguruskan syarikat dan sambung Master. Saya bersyukur amalan berpantang yang utuh ketika 3 kali berpantang banyak membantu saya aktif dan cergas menguruskan anak-anak dan memberi perhatian buat suami.

Penat? Usah cerita. So, a small breakaway ketika Bengkel Herba di Langkawi bulan lepas sedikit sebanyak memberi ruang utk sy memenuhi masa bersama suami. Hanya kami berdua. We spent quality time together. Masa ni lah berkesempatan bergaduh benda kecil2. Merajuk. Marah. Kemudian berbaik balik. Tiap2 malam kami drive sekitar langkawi sambil bercerita pasal anak2, arwah abah, mak, my parents, our future (selalu pasal company sebab my husband a bit lousy bercerita pasal love live – hidup JAWA!

We had our arguments. But we make up easily. Dan masa inilah pertama kali air mata suami tumpah merindui arwah abah. After 2 months abah meninggal. And Im glad Im there for him during the breakdown. So guys, Some marriage need extra work. Anak-anak boleh menjadi pengikat kasih sayang suami isteri, tetapi kadang-kadang suami@isteri juga mempunyai naluri seorang anak-anak yang perlukan perhatian. Suami kita masih seorang anak manja. Dan kita sebagai isteri sentiasa perlukan perhatian tak berbelah bahagi dr suami.

Ini fitrah kita. Jadi jangan rasa bersalah tinggalkan anak-anak untuk pergi bercuti. Anak-anak akan lebih bahagia melihat ibu ayah berkasih utuh sehingga tua.

*Terima kasih buat ibu dan bapak sy yg banyak memberi kami ruang dan waktu utk bersama sepanjang 10 tahun tempoh perkahwinan kami. Doakan perkahwinan kami kekal dalam suka dan duka bersama sepanjang hayat, seperti mak dan abah…ibu dan bapak.

Sumber : Siti Aishah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×