Rakyat

Cara Mohon Semula Salinan Sijil SPM, PMR Yang Hilang Secara Online Guna E-Lembaga Peperiksaan

4
SHARES

“Alamak, nak minta kerja macam mana ni sijil SPM dah hilang…”

Sijil-sijil peperiksaan ketika di zaman persekolahan sebenarnya penting untuk anda menyelesaikan sesebuah urusan yang berkaitan. Terutama sekali bagi urusan permohonan pekerjaan. Bagi sesetengah syarikat, dokumen sijil-sijil peperiksaan adalah penting bagi melayakkan seseorang itu mendapatkan sesuatu pekerjaan yang dimohon. Justeru itu, di sini kami kongsikan cara nak dapatkan sijil peperiksaan yang hilang beserta info tambahan yang kami sertakan tentang e-Lembaga Peperiksaan.

CARA MOHON SALINAN SIJIL SPM, PMR HILANG SECARA ONLINE

1.Muat turun aplikasi e-Lembaga Peperiksaan: e-LEMBAGA PEPERIKSAAN

2.Buka Aplikasi e-Lembaga Peperiksaan

3.Lepas tu boleh pilih nak salinan keputusan apa.

4.Klik dekat situ dan isikan maklumat pada borang permohonan.

5.Akan ada caj dikenakan, so proceed untuk buat bayaran. (*Untuk SPM cajnya RM30)

Info Tambahan

Menurut e-Lembaga Peperiksaan, tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut.

1.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam.

2.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja.

3.Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam.

4.Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja.

5.Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari bekerja.

6.Jadi lepas ni janganlah risau lagi, kita juga boleh gunakan laman web e-Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan semula sijil peperiksaan yang hilang dengan cepat dan mudah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://elp.moe.gov.my/.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×