Famili

Sesuai Untuk Eratkan Hubungan Keluarga Di Rumah, Keluaran realme 7i Buat Para Ibu Teruja

50
SHARES

Penggunaan telefon pintar bukan hanya digunakan oleh remaja atau orang dewasa. Kanak-kanak juga menggunakannya dengan pantauan ibu bapa. Kini, ramai yang menggunakan telefon pintar sebagai alat untuk mengeratkan hubungan antara keluarga.

Walaupun sibuk dengan urusan harian, ibu bapa harus cuba meluangkan masa bersama keluarga. Anda sekeluarga sebaiknya menggunakan telefon pintar dengan prestasi terbaik seperti realme 7i. Mari kita tengok apa keistimewaan yang ada padanya..

realme 7i akhirnya muncul sebagai telefon pintar dengan prestasi terbaik

Sudah lama kita tidak mendengar siri nombor dengan lampiran huruf i dari realme. Paling terakhir ialah realme 5i yang dilancarkan pada awal tahun 2020. Kini, realme 7i muncul dengan teknologi canggih dan reka bentuk lebih cool.

Kenapa anda perlu memiliki realme 7i? Telefon pintar ini mempunyai spesifikasi yang cukup menarik. Anda pasti teruja untuk memilikinya.

Dilengkapi 64MP AI quad camera, gambar jadi lebih jelas dan cantik

Anak-anak mesti bosan duduk di rumah. Dengan realme 7i, bolehlah mereka ambil gambar sepuas-puasnya. Ia dilengkapi dengan kamera utama 64MP dengan resolusi 9248×6944. Gambar yang diambil akan jadi lebih jelas dan terperinci. Anak-anak pasti seronok.

realme 7i juga dilengkapi kamera 64MP dengan AI yang mampu mengambil gambar dalam pelbagai perspektif. Anda akan dapat ambil gambar pemandangan, bangunan, orang dan lain-lain yang lebih cantik dalam apa jua keadaan. Kualiti gambar memang puas hati.

Selain itu, terdapat Kamera Selfie In-display 16MP yang akan menghasilkan versi terbaik diri anda. Bagi anda yang suka swafoto bersama keluarga, realme 7i pilihan terbaik kerana mampu membuatkan gambar menjadi sempurna.

Apa lagi yang kamera pada realme 7i ini boleh buat? Ini antara fungsi yang ada padanya..

Super Nightscape

Kamera realme 7i dapat merakam gambar kecantikan malam dengan Super Nightscape. Walaupun pada waktu malam, gambar lebih jelas dan terang. Jika anda sekeluarga tinggal di apartment, boleh ambil gambar pemandangan pada waktu malam seperti ini.

Night Filters

Kamera realme 7i dilengkapi dengan filter malam yang mudah digunakan. Dengan kualiti kamera 64MP yang luar biasa, satu klik saja boleh hasilkan foto malam artistik. Memang cantik jika anda muat naik di Facebook atau Instagram.

UIS MAX Video Stabilization

Seronok kalau rakam keletah anak-anak di rumah dengan realme 7i. Penstabilan video dengan UIS Max dapat menangkap lebih banyak gerakan dan dilengkapi dengan kesan anti-goncangan. Rakaman video masih lancar walaupun anda berlari atau melompat bersama anak.

Cinema Mode

Kami jangkakan fungsi ini akan buat anda teruja. Dengan Cinema Mode dalam realme 7i, anda boleh merakam kehidupan seharian keluarga anda seperti merakam filem blockbuster dengan nisbah yang lebih besar.

Mempunyai bateri besar 5000mAh dengan Super Saving Mode

Kami paling kagum dengan realme 7i yang mempunyai bateri 5000mAh. Bateri yang besar ini membolehkan anda menggunakannya dengan lebih lama. Tidak perlu risau kehabisan bateri ketika berjalan di luar.

Selain itu, realme 7i mempunyai Super Saving Mode. Anda boleh hidupkan mod ini apabila bateri berada di bawah 10%. Dengan mod ini, anda masih boleh gunakan ciri asas yang ada.

Cas lebih cepat dengan ciri 18W Fast Charge

Bateri sudah habis tetapi mahu cas lebih cepat? Memang patut anda jadikan realme 7i sebagai kawan karib anda. Ia dilengkapi dengan 18W Fast Charge yang dapat mengecas dengan lebih cepat. Tidak perlu tunggu terlalu lama untuk cas bateri penuh.

Dihadirkan dengan Skrin Ultra Smooth 6.5 inci 90Hz yang luas

realme 7i mempunyai Skrin Ultra Smooth 6.5 inci 90Hz. Untuk pengetahuan anda, skrin 90Hz mempunyai kadar refresh 50% lebih tinggi untuk paparkan jumlah gambar sesaat berbanding paparan 60Hz yang konvensional.

Dengan skrin besar 6.5 inci dan nisbah skrin-ke-badan yang hebat, realme 7i membawakan anda pengalaman visual terbaik. Skrin besar dan memang puas untuk tonton video bersama keluarga dengan realme 7i.

Dua pilihan warna dengan reka bentuk stylish mirror yang memukau

Cuba lihat reka bentuk stylish mirror pada realme 7i. Tergoda bukan? Ada dua pilihan warna iaitu Polar Blue dan Aurora Green. Kedua-duanya mempunyai warna yang cukup memukau. Warna sebegini sangat sesuai untuk ibu-ibu memilikinya.

Lebih selamat kunci telefon pintar dengan instant fingerprint sensor

Risau tinggalkan telefon pintar sebab takut anak terhantar mesej bukan-bukan di Whatsapp? Anda akan rasa lebih selamat dengan realme 7i kerana adanya instant fingerprint sensor. Hanya dengan cap jari, anda dapat membuka kunci smartphone anda dengan cepat.

Dengan realme 7i, hubungan antara keluarga di rumah akan menjadi lebih erat. Gunakan dengan penuh berhemah. Anak-anak juga pasti suka. Bolehlah minta encik suami hadiahkan realme 7i untuk anda okay?

Harga realme 7i: RM999 (8+128GB)

Buat pengetahuan semua, offline sale realme 7i akan bermula pada 17 Oktober 2020 (semua authorised dealers di seluruh negara).

Untuk info lebih lanjut, anda boleh terus ke laman web di https://www.realme.com/my/.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×