40 Minggu

Sesuai Atau Tidak Ibu Hamil Makan Tapai? Ini Jawapan Dari Pakar

4
SHARES

Tapai merupakan makanan tradisional yang berasaskan pulut mahupun beras putih dengan rasa manis atau masam. Tapai digemari oleh hampir setiap lapisan masyarakat di negara kita, Namun adakah tapai sesuai dan boleh dimakan oleh setiap golongan?

APAKAH ITU TAPAI?

Pembuatan tapai adalah berasaskan beras atau makanan berkanji dan juga boleh dibuat menggunakan ubi kayu dan juga kentang. Dr. Muhammad Izzat di laman twitternya, telah berkongsikan mengenai kandungan alkohol dalam tapai dan kesannya ke atas wanita mengandung. Beliau menerangkan bahawa proses penapaian merupakan proses menguraikan kanji kepada gula dan menukarkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida.

Kandungan alkohol dan tempoh penapaian

Menurutnya, ketinggian kandungan alkohol dalam tapai juga adalah bergantung kepada tempoh proses penapaian, semakin lama tempoh tersebut maka semakin tinggi kandungan alkohol dalam tapai disebabkan kesan tindakan kimia

Pengambilan alkohol tidak disarankan kepada wanita mengandung

Tapai mengandungi alkohol. Oleh itu, wanita yang sedang mengandung sama sekali tidak disarankan untuk memakan tapai kerana berisiko menjejaskan dan membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan

Kesan-kesan pengambilan alkohol secara berlebihan

Dr. Muhammad Izzat juga turut menjelaskan kesan-kesan ke atas bayi dalam kandungan sekiranya ibu mengandung tidak berhati-hati mengenai pengambilan alkohol.

Beliau turut menambah bahawa penjelasan beliau adalah dari aspek perubatan sahaja dan bukan mengenai hukum hakam atau halal haram tapai yang seharusnya ditanyakan kepada yang lebih arif.

Sumber : Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×