Famili

Serendah RM 799, Mesti Anda Teruja Dengan Fungsi Redmi Note 10 5G Ni!

1.7K
SHARES

Memiliki telefon pintar dengan spesifikasi tinggi merupakan impian semua orang. Apatah lagi, bila ianya ditawarkan pada harga mampu milik, makin excited la nak beli.

Maklumlah, sekarang ni semua benda kita buat secara dalam talian je. Bukan setakat shopping online, mesyuarat pun kita dah buat secara virtual. Lebih selamat dan mesra SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebab itulah anda kena miliki Redmi Note 10 5G, nak meeting di luar pejabat pun tak jadi masalah. Lagipun saiznya yang kecil, ringan. Mudah nak bawa kemana-mana kan!

Redmi Note 10 5G, peneraju utama peranti kelas pertengahan

Buat anda diluar sana yang tengah mencari telefon pintar dengan harga mesra poket dan memiliki kemampuan capaian internet 5G, inilah modelnya.

Ha! Walaupun, peranti ini merupakan peranti kelas pertengahan tetapi Redmi Note 10 5G menawarkan fungsi dan spesifikasi yang lebih baik berbanding model telefon pintar keluaran syarikat lain.

Paparan visual smooth habis!

Redmi Note 10 5G ni dilengkapi dengan 90Hz6.5″  AdoptiveSync DotDisplay yang dapat memberikan paparan visual yang jelas dan smooth semasa anda menonton video, scroll sosial media mahupun ketika sedang bermain game.

Buat kaki movie dan kaki main game diluar sana, anda mesti suka dengan, Redmi Note 10 5G ni. Capaian internet 5G, memang tak kan lack atau buffering dah drama atau game kesukaan anda. Visual pun padu. Berbaloi la beli!

Bateri tahan lama, kamera 49MP!

Bukan itu sahaja, Redmi Note 10 5G juga dilengkapi dengan kamera hadapan 48 MegaPixel, 2 MegaPixel kamera makro dan 2 MegaPixel depth sensor, mudah nak ambil gambar dan hasilnya pun boleh tahan real.

Selain itu, peranti Redmi Note 10 5G ini juga memiliki bateri 5,000 mAh dengan kemampuan recharge 18 Watt fast charging. Maka, tak hairanlah kalau Redmi Note 10 5G boleh bertahan lebih daripada 10 jam dengan kegunaan minima tanpa video streaming mahupun gaming.

Turut dilengkapi dengan Dual 5G Sim dan AI imaging, memang tak boleh dinafikan yang Redmi Note 10 5G ini merupakan peranti terbaik dengan harga mampu milik yang ada dipasaran.

Sebelum min terlupa, Redmi Note 10 5G juga didatangkan dengan storan dalaman sebanyak 8GB + 128GB dan hadir dalam 4 warna berbeza iaitu Chrome Silver, Graphite Gray, Nighttime Blue dan Aurora Green, semuanya cantik-cantik belaka. Jadi anda pilihlah mengikut citarasa masing-masing.

Tambahan pula, sekarang Redmi ada promosi hebat untuk anda semua. Butirannya seperti dibawah.

Setiap pembelian Redmi Note 10 5G akan menerima T-shirt Redmi Note 10 5G, Mi True Wireless Earbuds basic dan waranti selama 6 bulan untuk skrin telefon. Bestnya!

** Promosi hanya sah sehingga 28 ogos.
** T- Shirt hanya diberikan buat pembeli walk-in
** Tertakluk pada terma & syarat, sementara stok masih ada.

Berminat nak dapatkan Redmi Note 10 5G? Anda klik je link Xiaomi’s Official Store di Lazada & Shopee dibawah. Bagi anda yang nak usha dulu Redmi Note 10 5G, anda bolehlah singgah di mana-mana outlet Mi di seluruh negara.

Xiaomi’s Official Store: Lazada

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×