Advertorial

Sedia Juadah Enak & Aktiviti Menarik, Jom Beraya Di Rumah Terbuka Bandar Rimbayu

286
SHARES

Selamat Hari Raya buat semua pembaca SirapLimau! Macam mana raya anda tahun ni? Meriah? Mestilah meriah bila dapat berkumpul dengan adik beradik dan saudara mara yang sudah lama tak berjumpa kan! Apa kata tambah lagi kemeriahan raya anda dengan menghadiri rumah terbuka?

Haa kali ni, kami nak ajak anda ke satu lokasi rumah terbuka raya yang sememangnya meriah, sarat dengan aktiviti menarik untuk seisi keluarga dan pastinya pelbagai jenis juadah raya disediakan untuk anda semua! Nak tahu di mana?

Tak jauh dari ibu kota, jom meriahkan Rumah Terbuka Bandar Rimbayu

Kredit gambar: IJM Land

Buat anda yang belum tahu, IJM Land ada mengadakan Rumah Terbuka Bandar Rimbayu di The Arc @ Bandar Rimbayu, Kota Kemuning Shah Alam pada 15 Julai ini bermula jam 4 hingga 6 petang! Pelbagai aktiviti dan juadah raya tradisional disediakan untuk anda seisi keluarga! Nak tau apa yang menarik?

Antara aktiviti yang menarik perhatian kami adalah persembahan muzikal acapella dari Colour Of Voices. Tak sabar nak tengok kehebatan mereka menyanyi sambil mengalunkan bunyi instrumen hanya dengan menggunakan mulut! Pasti terpukau!

Shahrizan Borhan

Selain acapella, terdapat juga persembahan dari penerima trofi Artis Baru Lelaki Terbaik ketika Anugerah Industri Muzik 1996, Shahrizan Borhan. Tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air, ‘suara emas’ beliau cukup terkenal dalam kalangan pemuzik pop dan R&B sekitar Kuala Lumpur!

Kredit gambar: IJM Land

Bukan itu saja, ada juga persembahan tarian tradisional di Malaysia buat anda yang mahu meneroka keunikan budaya di Malaysia. Taklah anak-anak dan keluarga jemu datang ke Rumah Terbuka Bandar Rimbayu bila ada semua aktiviti ni kan?

Kredit gambar: 2id-events

Selain itu, kalau anda nak aktiviti menyeronokkan untuk anak-anak, terdapat permainan buih sabun gergasi. Kita tengok, buih sabun siapa paling besar dia menang!

Pelbagai juadah raya tradisional enak-enak disediakan, rasanya sama seperti di kampung!

Kredit gambar: Delicious

Bila datang rumah terbuka, tak sah jika tiada juadah raya kan? Di Rumah Terbuka Bandar Rimbayu, mereka menyediakan pelbagai juadah enak-enak dengan rasa asli mengikut resipi tradisional. Antara yang menarik, pelbagai pilihan satay dari ayam, daging dan banyak lagi boleh menjadi pilihan…

Semuanya sedap-sedap, pasti anda tak henti makan!

Kredit gambar: IJM Land

Terdapat juga nasi impit, lemang, ketupat dan ketupat palas untuk anda yang sukakannya…

Tak dilupakan, pelengkap juadah iaitu lauk seperti rendang, kuah kacang, ayam masak merah dan banyak lagi… Terliur kan tengok hidangan di Rumah Terbuka Bandar Rimbayu ni semua?

Puas makan & layan aktiviti, jom ambil gambar ramai-ramai!

Kredit gambar: IJM Land

Sebelum pulang dari Rumah Terbuka Bandar Rimbayu, pastikan anda abadikan kenangan #RayaBersama keluarga di sana dengan mengambil gambar di beberapa spot mengambil gambar yang disediakan. Lawa-lawa backdrop yang ada kat sana! Katanya, siapa ambil gambar boleh dapat hadiah?

Ya, betul! Jika anda ambil gambar bersama keluarga di Rumah Terbuka Bandar Rimbayu, jangan lupa untuk kongsi keriangan itu di laman Facebook Bandar Rimbayu dan anda berpeluang menerima salah satu daripada 10 set kutleri eksklusif! Jangan lupa untuk sertakan hashtag #BandarRimbayu #JomRaya tau!

Peraduan ini hanya berlangsung pada 15 Julai 2018 dari jam 4 petang hingga 11:59 malam, jadi pastikan anda ambil gambar ketika di sana ya! Pemenang dipilih secara rawak dan akan diumumkan pada 17 Julai 2018 di laman Facebook Bandar Rimbayu.

Kredit gambar: Facebook IJM Land

Jangan lupa ya temu janji kita untuk #RayaBersama di Rumah Terbuka Bandar Rimbayu pada 15 Julai ini di The Arc @ Bandar Rimbayu, Kota Kemuning Shah Alam dari jam 4 hingga 6 petang! Untuk maklumat lanjut, layari laman web Bandar Rimbayu, IJM Land dan follow lokasi ini untuk ke sana…

Jumpa anda semua di sana!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×