Dapur

‘Sebenarnya Tak Mudah’- Ini Resepi Kuih Peneram Anda Kena Cuba & Tak Lembik!

46
SHARES
resepi kuih peneram

Kalau pergi sahaja ke negeri di sebelah Utara, pasti anda akan terjumpa sahaja dimana-mana salah satu jenis kuih iaitu kuih peneram. Merupakan antara jenis kuih yang digemari sejak zaman dahulu lagi, sebenarnya ramai dalam kalangan kita yang ‘tidak menjadi’ dalam mencuba resepi kuih peneram tersebut.

Oleh itu, berikut merupakan resepi kuih peneram yang anda kena cuba supaya dapat rasa yang sama macam dibuat oleh nenek di kampung dan dijual di kedai. Jom cuba!

Baca juga: Ibu Kongsi 14 Menu Bekal Anak, Memang Meriah & Tak Sangka Viral!

Resepi Kuih Peneram

Bahan-bahan:

-250g tepung beras Cap Gajah 3

-190g gula merah

-80ml air

-80ml santan pekat (ikut resepi Dapur Ibunda kat YouTube. Otai-otai jangan kecam, jangan marah, kami ikut saja resepi beliau)

Cara-cara:

1.Masak gula, santan dan air sehingga mendidih dan berbuih. Tutup api.

2.Tuang air gula ke dalam tepung beras semasa masih panas dan kacau dengan senduk kayu. Tuang sikit-sikit ye. Mula-mula adunan memang ada nampak cair sikit. Teruskan kacau dalam 7 ke 10 minit hingga adunan jadi bertali. Bila kita angkat sudu tu, adunan lambat nak turun.

3.Perap adunan minimum 5/6 jam. I perap semalaman. Lepas perap, memang doh jadi keras sikit. Uli sekejap jadi lembut sampai boleh dicanai atau dibentuk.

4.Cara bentukkan: boleh canai dan tekap atau bulat-bulatkan sebesar guli, penyek di tapak tangan dan buat bulatkan di tengah dengan lidi (I buat cara ni. Tekap dengan acuan tak jadi)

5.Goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Tapi api jangan kuat sangat. Nanti rentung. Cuma minyak tu kena betul-betul panas. Bila kita letak doh dalam minyak, doh tu timbul terus dalam 5 saat gitu. Kalau tenggelam je, lambat naik, maksudnya minyak belum betul-betul panas.

6.Kalau bentukkan doh dengan cara penyekkan di tangan, kena goreng terus ye. Penyek, buat bulatan di tengah, terus masukkan dalam minyak. Kena cepat sikitlah. Tapi kalau slow pun takpa. Sekali goreng dapat 2/3 biji je macam I.

7.Rajin balik-balikkan kuih supaya masak sekata. Agak-agak dah perang sikit, boleh angkat. Jangan biar sampai hitam legam. Nanti bila dah sejuk, keras macam batu.

8.Santan kalau tak nak letak pun takpa. Kebanyakan resepi tak letak pun. Ada jugak yang kata kuih tak tahan lama kalau letak santan. So ikutlah masing2 ye. Boleh cuba rujuk resepi Che Nom. Dia ada buat dua versi. Bersantan dan tidak bersantan. I tak reti bab sukatan air tu kalau korang tanya.

Tu la sedikit sebanyak tips yang I baca semalam. I pun first time buat kuih ni. Bagi yang guna gula apong, boleh tambahkan gula jadi 200g. Sebab kalau 190g, dia jadi kuih peneram versi kurang manis. I suka. Tapi ada orang suka kuih ni manis. Good luck kepada sesiapa yang nak try. Bab suhu minyak tu memang cerewet sikit. I sendiri berapa kali buka dan tutup api. Nak cari kepanasan yang paling sesuai. Tak cukup panas, kuih tak jadi. Terlalu panas, kuih hangus. Tapi kalau kena suhunya, gerenti akan dapat kuih yang rangup di luar, lembut di dalam.

Selamat mencuba.

Sumber: Khairunisa Mohammad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×