Replicated Draft

Revolusi Kecantikan: Bahan Aktif Baru Thiamidol, Terbukti Mampu Rawat Masalah Bintik-Bintik Hitam Pada Wajah!

109
SHARES

Seiring berkembangnya industri kecantikan dunia, anda pasti perasan semakin banyak kajian dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah kulit wajah, betul tak?

Antara masalah yang mendapat perhatian pakar kulit dan ahli dermatologi adalah masalah bintik-bintik hitam pada wajah kerana masalah ini triggered insecurity sebahagian besar golongan wanita dan lelaki untuk tampil yakin di khalayak ramai.

Maka, tak hairanlah pelbagai kajian giat dijalankan untuk mengatasi masalah ini.

Kajian 10 tahun membuahkan hasil, Thiamidol ditemui!

Setelah pelbagai kajian dilakukan, kini satu lagi bahan aktif telah dijumpai dan ianya terbukti boleh mengurangkan dan menghalang kemunculan semula semua jenis pigmen dengan penggunaan yang konsisten.

Bahan aktif yang dimaksudkan ialah Thiamidol. Bahan berpaten yang telah dibangunkan oleh Eucerin.

Bahan aktif ini adalah antara 50 ribu bahan aktif yang telah diuji dan ianya dihasilkan menggunakan teknologi khusus daripada Jerman.

Berdasarkan uji kaji Thiamidol,  terbukti secara klinikal berkesan mengurangkan bintik-bintik hitam degil sehingga 75%¹ dalam masa dua minggu penggunaan berterusan².

Berkesan hapuskan bintik hitam!

Thiamidol adalah bahan aktif yang dipatenkan hasil ramuan ekslusif oleh Eucerin selepas penyelidikan selama 10 tahun untuk merawat masalah utama kulit dengan mengurangkan tanda-tanda pigmentasi kulit (bintik hitam) atau hiperpigmentasi selepas keradangan untuk memberikan kulit yang lebih cerah dan berseri.

Buat pengetahuan anda, Thiamidol berfungsi pada *peringkat selular (akar)*, dan pada masa ini Thiamidol adalah perencat paling berkesan untuk menghalang tirosinase manusia (pengeluaran enzim melanin).

Dalam erti kata lain, bahan aktif berprestasi tinggi ini akan menyekat dan menghalang pengeluaran pigmen berlebihan.

Eucerin perkenal bahan aktif Thiamidol di The Asia Dermatology & Aesthetic Medicine Summit (ADAMS)

Mahu berkongsi kebaikan dan keberkesanan Thiamidol, Eucerin telah menyertai The Asia Dermatology & Aesthetic Medicine Summit (ADAM), 2023 yang telah berlangsung pada 23 dan 24 September.

Selaku pentas yang direka khas untuk pengamal pakar perubatan dan pembedahan diperingkat tempatan dan antarabangsa, ADAMS berfungsi sebagai pengantara untuk berkongsi dan mempelajari perkembangan saintifik terkini dalam dunia dermatologi dan perubatan estetik.

Memiliki  nilai asas jenama yang selaras dengan objektif ADAMS, 2023. Berikut adalah visi dan misi Eucerin.

1. Komited terhadap Inovasi: Lebih selama 100 tahun, Eucerin telah mendedikasikan dirinya untuk penyelidikan dan berinovasi dalam bidang sains kulit. Eucerin percaya dalam penciptaan bahan aktif dan formula dengan toleransi tinggi yang berfungsi untuk membantu individu memperbaiki taraf kehidupan setiap hari.

2. Disyorkan oleh Pakar Dermatologi: Eucerin bekerjasama rapat dengan pakar dermatologi terkemuka dan rakan farmasi di seluruh dunia untuk mencipta produck penjagaan kulit yang inovatif dan berkesan, di mana pakar perubatan dan kesihatan mengesyorkan jenama ini dengan penuh keyakinan.

3. Perintis dalam Penjagaan Kulit: Eucerin memberikan pendekatan dermo-kosmetik yang seluruh untuk melindungi kulit, memastikan kulit sihat dan berseri. Komitmen terhadap kesihatan kulit secara keseluruhan ini memenuhi objektif nilai usus jenama Eucerin

Nikmati keberkesanan Thiamidol melalui Eucerin Spotless Brightening Booster Serum

Di ADAMS, 2023, Eucerin telah memperkenalkan Eucerin Spotless Brightening Booster Serum.

Dihasilkan dengan mengambil kira iklim Asia, Eucerin Spotless Brightening Booster Serum mempunyai tekstur ultra ringan yang tidak melekit, tidak berminyak dan cepat menyerap. Selesa untuk kegunaan sepanjang hari.

Bagi anda yang ada masalah bintik-bintik hitam pada wajah atau yang mahu cegah kemunculan bintik-bintik hitam ini, min sarankan anda masukkan Eucerin Spotless Brightening Booster Serum dalam rutin penjagaan wajah korang.

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum telah di rumus dan diformulasi dengan menggunakan bahan aktif, Thiamidol untuk mencegah dan mengurangkan penampakan bintik-bintik hitam pada wajah seperti jeragat, melasma, bintik penuaan, bintik matahari dan kesan hitam akibat keradangan kulit.

Bukan itu saja, penggunaan Eucerin Spotless Brightening Booster Serum terbukti dapat melembapkan dan mencerahkan kulit wajah.

Gunakan Eucerin Spotless Brightening Booster Serum selama 2 minggu dan rasai perubahan pada kulit wajah anda*

Dapatkan Eucerin Spotless Brightening Booster Serum pada harga RM209 untuk 30ml di farmasi utama seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Eucerin Malaysia di www.eucerin.my dan dapatkan sekarang di Eucerin TikTok Shop, https://www.tiktok.com/@eucerinmalaysia.

Rujukan:

1. Berdasarkan laporan kajian nombor STDR-070407C, di mana 38 wanita melakukan penggreden kendiri pada wajah selepas 12 minggu menggunakan produk dua kali sehari, berbanding garis dasar.

2. Berdasarkan laporan kajian nombor STDR-064720C, keserian kulit dan kulit cerah dengan penggredan sendiri pada muka selepas 2 minggu.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×