Kini Trending

REV Media Group Ambil Alih IP Portal Berita Sosial Popular Cina, Lebih Kukuh!

7
SHARES

Penerbit digital terkemuka, REV Media Group Sdn Bhd (REV Media), mengumumkan telah mengambilalih aset harta intelek (“IP”) portal berita sosial popular Cina, Tantannews, dari Monster Scape Sdn Bhd, tujuan untuk mengembangkan dan mengukuhkan lagi capaiannya dalam kalangan komuniti berbahasa Cina.

REV Media, anak syarikat Media Prima Berhad, kumpulan media terkemuka dan terbesar di Malaysia telah mengambil alih domain laman web, Tantannews.com, dan segala aset media sosial yang berkaitan.

REV MEDIA GROUP AMBIL ALIH IP PORTAL BERITA SOSIAL POPULAR CINA

Ia akan menyumbang kepada perniagaan digital REV Media dan strategi penyelesaian media untuk para pengiklan. Pada kemuncaknya, Tantannews mempunyai lebih dari 7 juta pengguna dan 20 juta paparan halaman setiap bulan.

Tantannews dilancarkan pada tahun 2013 menyajikan berita sosial dan kandungan Cina yang memfokuskan kepada berita terkini dan kisah hiburan, pelancongan, fesyen dan gaya hidup.

Penambahan Tantannews akan mencepatkan pertumbuhan Rangkaian Cina REV Media yang merangkumi jenama popular di pelbagai platform termasuk Viralcham, Rojaklah, 8TV dan 8FM.

Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee, berkata pengambilalihan ini sangat mengujakan untuk REV Media Group kerana terdapat peningkatan untuk kandungan bahasa Cina.

“Pengambilalihan Tantannews mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai penerbit digital terkemuka di seluruh kumpulan pasaran di Malaysia. Kami akan terus mencari lebih banyak pengambilalihan dan perkongsian untuk memacu pertumbuhan bagi REV Media Group,” ujarnya.

Pengasas Tantannews, Sean Teoh, pihaknya begitu gembira kerana Tantannews terus berkembang maju di bawah Sam dan pasukan REV Media.

Selain itu, pengambilalihan itu akan membolehkan pasukannya memberi tumpuan kepada MOpress dan platform teknologi. Bahagian pemasaran akan dinamakan semula sebagai Data & Co untuk menumpukan pada pemasaran data, platform pemasaran omni-data dan alatan untuk membantu jenama dan pemasar menjadikan pengguna mereka kepada aset digital pilihan.

Data & Co menyaksikan pertumbuhan dalam perniagaan Malaysia yang menjual produk dan perkhidmatan mereka di luar negara. Layari www.dataco.my untuk mengetahui lebih lanjut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×