Dapur

Resepi Vadai Kentang Ala-Ala Dalam Filem Bollywood, Bila Dimakan Garing & Rangup!

25
SHARES

Kentang Vadai adalah makanan atau kudapan bagi kaum India di Malaysia. Ia juga popular dalam kalangan kaum Melayu dan Cina di negara kita ini. Jika di Mumbai, kita sering lihat makanan ini dijual di tepi-tepi jalan sebagai snek masyarakat di sana. Berasaskan kentang, maksud vada itu sendiri adalah snek goreng. Sering dimakan pedas dengan cili hijau yang digoreng bersama salutan garam. Sangat menarik!

BAHAN-BAHAN KENTANG VADAI

– 500 gm ubi kentang

– 50 gm tepung beras

– 2 biji bawang besar – dicincang

– Daun ketumbar di cincang

– Cili padi dicincang (ikut kepedasan masing-masing)

– 1/4 tsp serbuk cili

– Garam ikut taste masing-masing

CARA-CARA MEMBUAT KENTANG VADAI

1.Rebus 500g ubi kentang

2. Ubi kentang yang direbus dan dilenyek

3. Campurkan semua bahan

4. Gaulkan semua

5. Masukkan 50g tepung beras

6. Gaul hingga sebati

7. Buat macam ni

8. Buat siap-siap, nanti senang nak goreng.

9. Goreng dalam minyak yang panas sampai kekuningan

10. Siap!

Sumber: Resepi Masakan Semudah ABC

Most Popular

To Top