Dapur

Resepi ‘Nasi Cupcake’ Untuk Anak Yang Susah Makan. Sesuai Untuk Bayi Juga

0
reads

“Aduhai budak ni, susah betul nak disuruh makan. Lagi-lagi pulak tengah demam, lagilah dia tak berselera. Apa aku nak masak untuk dia ya?”

Bila anak atas 6 bulan jenis susah makan, ibu ayah mesti pening. Asyik nak susu saja pun tak boleh juga. Nanti kurang berat badan. Apa kata pelbagaikan menu mereka dan cipta sedikit kelainan dalam hidangan harian. Di sini kami kongsikan resepi Nasi Cupcake hasil olahan Puan Bella Nabila.

Menurutnya, memandangkan suatu masa dahulu anaknya pun pernah tak berselera sebab, maka tercetuslah idea untuk menyediakan hidangan ini. Yang penting, ianya cukup ringkas dan sedap!

Jom kita tengok resepinya.

Resepi ‘Nasi Cupcake’ Untuk Anak Yang Susah Makan. Sesuai Untuk Bayi Juga

Berikut adalah bahan-bahannya. Yang ini kalau nak sediakan untuk anak yang dah besar sedikit. Kalau nak sediakan untuk bayi, boleh scroll ke bawah lagi sebab seeloknya guna bahan yang lebih sihat.

Bahan-bahan

  • Nasi putih
  • Butter
  • Serbuk lada sulah
  • Isi ikan/ayam (yang dah siap digoreng / kukus)
  • Susu kotak
  • 1 biji telur
  • Cheddar cheese
  • Sedikit garam (optional)

Cara-cara

1. Gaulkan Bahan Utama

Pertama sekali, gaul nasi putih bersama butter dan isi ikan / ayam.

2. Campurkan Telur & Susu

Seterusnya, pukul telur dan campurkan ke dalam susu. Kacau sebati.

3. Masukkan Bahan Ke Dalam Cawan Kertas

Sekarang, dah boleh masukkan nasi yang telah digaul (dalam langkah 1) ke dalam cawan kertas / cupcake.

Kemudian, tuangkan susu yang dah dicampur telur tadi ke atasnya.

4. Taburkan Cheese

Untuk topping, taburkan cheddar cheese yang dah diparut di atasnya.

5. Bakar

Akhir sekali, panaskan oven pada 160°c selama 10 minit. Dan bakar selama 20 minit. Siap!

*Untuk Bayi

Bagi yang ingin menyediakan resepi ini khas buat bayi, boleh gunakan bahan-bahan seperti di bawah ini.

Bahan-bahan

  • Nasi putih
  • Unsalted butter
  • Serbuk lada sulah
  • Isi ikan/ayam (yang sudah digoreng / kukus)
  • Susu segar
  • 1 biji telur
  • Cheese block (Bega)
  • Sedikit serbuk bilis (pengganti garam)

Cara-caranya membuatnya sama seperti di atas.

Mudah, Sedap Dan Sihat!

Beginilah hasilnya. Wah, memang membuka selera kan? Anak nak makan pun senang.

Lepas ini bolehlah cuba untuk anak-anak di rumah. Bahannya pun sihat dan berkhasiat. Ringkas saja, bukan?

Selamat mencuba.

 

**Resepi asal Nasi Cupcake ini adalah hasil olahan Puan Bella Nabila. Untuk lebih banyak perkongsian dan tips masakan, follow beliau di SINI.

Yang Popular

To Top