Dapur

Resepi Unik Udang Labu Mentega, Rasa Manis & Lemak Pasti Disukai Ramai!

83
SHARES

Apa lagi ye yang boleh kita masak dengan menggunakan labu? Sedap tau masakan berasaskan labu ni kerana manis buah labu itu sendiri dan rasa sedikit lemak padanya. Memang boleh jadi makin berselera. Kali ini kami kongsikan pula menu udang labu mentega daripada Puan Rosie Zam. Sedap dan aromanya pun memang wangi.

Senang saja masaknya yang penting sedap. Boleh menambah nasi dibuatnya kalau tak kuat ketahanan mental.

BAHAN-BAHAN UDANG LABU MENTEGA

– Udang

– Labu ikutlah nak guna suku atau separuh biji. Ikut besar mana labu tu.

– Cili padi dipotong kecil.

– Daun kari

– Bawang putih 4 ulas.

– Butter

– Susu cair

LANGKAH-LANGKAH MEMASAK UDANG LABU MENTEGA

1. Taburkan garam dan serbuk bawang putih. Gaulkan.

2. Panaskan minyak dan goreng udang tadi. Hati-hati gais minyak panas tu.

3. Dalam periuk lain, rebus labu hingga empuk kemudian lenyekkan.

4. Hiris cili padi. Cincang bawang putih.

5. Cairkan butter dalam kuali. Kemudian goreng bawang putih.

6. Goreng hingga kekuningan. Jangan sampai hitam itu namanya hangit.

7. Bila dah kekuningan masukkan daun kari.

8. Kemudian masukkan pula labu yang sudah dilenyek tadi.

9. Tuangkan susu cair. Agak-agak dalam setengah cawan gituu. Kalau nak kuah banyak tambah lagi. Biarkan seketika hingga mendidih.

10. Kemudian tambahkan udang yang telah digoreng tadi.

11. Waktu ni masukkan cili padi garam dan gula ke dalam kuali. Biarkan sekejap sampai kuahnya agak pekat dah boleh tutup api.

12. Walaaa dah siap boleh dihidang dengan nasi panas. Waduh enak banget! Haha. Bismillah.

Sumber: Rosie Zam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×